Tuesday, May 30, 2023
24.2 C
Brunei

    -

    Perintah berkurung hanya libatkan kawasan laut

    TAWAU, 11 MEI – Pelaksanaan perintah berkurung dari 6 petang hingga 6 pagi yang dilanjutkan hingga 25 Mei ini hanya melibatkan kawasan laut di tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).

    Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata kawasan perintah berkurung itu adalah tiga batu nautika dari darat ke persempadanan antarabangsa bagi perairan Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.

    “Polis Sabah menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang tular menerusi media sosial berkaitan satu infografik menggunakan logo Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) bersama keseluruhan peta ESSZone meliputi Kudat, Kota Marudu dan Pitas sebagai kawasan yang dikenakan perintah berkurung.

    “Tidak timbul isu semua penduduk di daerah ESSZone dikenakan perintah berkurung dan dikehendaki berada di rumah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    ESSZone merangkumi 10 buah daerah iaitu Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau. 

    Dalam pada itu, Jauteh berkata pihaknya menerima satu laporan mengenai infografik yang tular berkenaan dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan bersama Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

    Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan sebarang berita tidak sahih.

    Sementara itu, perintah berkurung pertama kali dikuatkuasakan pada 16 Julai 2014 membabitkan kawasan bermula selepas tiga batu nautika dari pantai sepanjang perairan Sandakan melalui Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna hingga Tawau, bagi mengekang jenayah penculikan serta pencerobohan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Korea Utara akan lancar satelit pengintip tentera

    SEOUL, 30 MEI - Korea Utara berkata pada hari ini ia akan melancarkan satelit pengintip tentera pertamanya pada Jun dan menyifatkan peninjauan berasaskan angkasa...
    - Advertisment -