Perintah berkurung lebih ketat di Buenos Aires

BUENOS AIRES, 28 JUN – Presiden Argentina, Alberto Fernandez semalam mengumumkan pelaksanaan perintah berkurung yang lebih ketat di ibu negara ini dan kawasan sekitarnya berikutan peningkatan kes COVID-19.

“Kita akan menutup semula kawasan metropolitan Buenos Aires supaya trafik akan menurun secara dramatik, bagi mengurangkan jangkitan dan ke-perluan untuk katil hospital. Mulai 1 Julai ini, kita akan meminta semua orang kembali berkurung di rumah dan hanya keluar untuk mendapatkan keperluan hidup harian,” katanya. Peraturan itu akan berkuat kuasa hingga 17 Julai depan dengan perkhidmatan penting dan beberapa zon perindustrian kekal beroperasi. – AFP