Monday, October 7, 2024
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perisa baru Haagen-Dazs diperkenalkan

    Oleh Imelda Groves HA

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Ogos – Francais aiskrim Haagen-Dazs telah melancarkan barisan aiskrim terbaru mereka dalam versi aiskrim batang mini yang didatangkan dalam dua jenis dengan pilihan pek pelbagai perisa.

    Perisa terbaru itu terdiri daripada Green Tea dan Almond; Mango dan Raspberi; Vanilla Caramel Almond serta Chocolate Choc Almond.

    Aiskrim Haagen-Dazs juga melancarkan produk lain iaitu Single Stickbar yang terdapat dalam perisa White dan Almond serta Stickbar Multipack yang mengandungi perisa Green Tea Almond, White Almond dan Chocolate Choc Almond.

    Antara perisa terbaru aiskrim Haagen-Dazs yang terdapat kedai-kedai yang dinyatakan.

    Pengurus Jualan Khusus PAR Food & Beverages Sdn Bhd, Alma Pequena menyatakan produk-produk terbaru itu boleh didapati di Supa Save Mata-Mata dan Seria, SeaSeven Mini Mart, Deksha Mini Mart dan Charcoal BBQ and Grill Restaurant.

    Semasa pelancaran itu, orang ramai yang hadir turut menyertai acara-acara yang dikendalikan oleh warga Haagen-Dazs seperti kuiz dan lukisan wajah.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda