Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Perisik dipenjara 20 tahun curi rahsia teknologi

    WASHINGTON, 17 NOV – Seorang pegawai perisikan China dijatuhi hukuman penjara 20 tahun oleh mahkamah Amerika Syarikat (AS) semalam kerana mencuri teknologi daripada firma aeroangkasa AS dan Perancis.

    Xu Yanjun dituduh sebagai peneraju dalam skim lima tahun yang disokong negaranya untuk mencuri rahsia komersial daripada GE Aviation, pengeluar enjin pesawat terkemuka dunia dan Kumpulan Safran Perancis, yang bekerjasama dengan GE dalam pembangunan enjin.

    Sebelum itu, Xu iaitu seorang daripada 11 warga China, termasuk dua pegawai perisikan telah didakwa pada Oktober 2018 di Mahkamah Persekutuan di Cincinnati, Ohio, pusat GE Aviation.

    Pegawai perisikan di salah sebuah kementerian China itu ditangkap pada April 2018 di Belgium dalam operasi di mana dia merancang secara rahsia bertemu dengan pekerja GE. Kemudian Xu diekstradisi ke AS di mana dia dibicarakan dan disabit pada 5 November 2021 atas tuduhan pengintipan ekonomi, percubaan mencuri rahsia perdagangan dan dua pertuduhan konspirasi yang berkaitan.

    “Xu menyasarkan syarikat penerbangan AS, merekrut pekerja untuk melancong ke China, dan meminta maklumat peribadi mereka, semuanya bagi pihak kerajaannya,” kata Jabatan Kehakiman dalam satu kenyataan. – AFP

    Gambar serahan penjara Butler County, Ohio, menunjukkan Xu Yanjun. Xu dipenjara 20 tahun oleh mahkamah AS kerana mencuri teknologi daripada firma aeroangkasa AS dan Perancis. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...