JASIN, MALAYSIA – Ahli angkat berat Filipina, Hidilyn Diaz mendengus sambil mengangkat barbel melepasi kepalanya di sebuah gim yang diubahsuai, dikelilingi dengan pokok pisang dan rambutan sambil trak melintasi – pusat latihan yang tidak disangka bagi persediaan merebut pingat emas di Olimpik Tokyo.
Diaz, 30, meraih pingat perak di Rio 2016, terkandas di Malaysia sejak Februari tahun lalu disebabkan oleh pandemik koronavirus tetapi keazamannya masih kekal sama untuk merealisasikan impian menjadi pemenang pingat emas pertama di Olimpik dari Filipina.
“Saya sudah bersedia, saya tidak boleh mengatakan berapa peratus, tetapi saya di sana – fikiran saya di sana, hati saya di sana, fizikal saya tertumpu di sana,” Diaz memberitahu AFP semasa berehat dari persediaan terakhir dalam cuaca panas dan lembap untuk percubaannya kali keempat dan mungkin Olimpik yang terakhir baginya.
Diaz sudah mengesahkan tempat di negaranya, bersama dengan ikon petinju, Manny Pacquiao, dengan dia menjadi satu-satunya wanita di negara tersebut yang memenangi pingat di Olimpik – kejutan pingat perak di Rio menamatkan kemarau 20 tahun buat Filipina.
Kedudukannya berkembang dua tahun kemudian apabila dia meraih pingat emas di Sukan Asia di Indonesia dan mengulangi kejayaan di Sukan Asia Tenggara di negaranya sendiri pada Disember 2019.



Diaz berada di kedudukan yang kukuh untuk merebut peluang di temasya Olimpik, tetapi beberapa bulan kemudian koronavirus mengubah segala-galanya selepas sukan tersebut ditunda selama setahun.
“Sangat sukar untuk menyasarkan matlamat dan kemudian melanjutkannya kepada beberapa bulan dan pada masa yang sama anda mengetahui anda mempunyai perancangan selepas Olimpik,” kata Diaz, yang berkhidmat untuk tentera udara Filipina dan akan bersaing dalam kelas 55kg di Tokyo.
Anak kepada pemandu basikal tiga roda di sebuah perkampungan yang miskin berhampiran pelabuhan Zamboanga di pulau selatan Mindanao, itu tidak bertemu dengan keluarganya sejak Disember 2019.
“Saya terpaksa mengorbankan masa dengan keluarga, rakan dan masa belajar serta bekerja di tentera udara Filipina.”
Dia pada mulanya menjalani latihan di Malaysia pada Februari 2020 kerana jurulatihnya berbangsa China, Gao Kaiwen, merasakan ia lebih baik untuk dirinya ketika dia menumpukan kelayakan untuk Tokyo.
Tetapi dalam tempoh beberapa minggu sekatan COVID-19 telah menyebabkan Diaz untuk terus hidup dengan menutup gim, kekurangan akses peralatan mengangkat berat dan ketidakpastian mengenai sukan akan diadakan atau tidak.
Selama berbulan-bulan Diaz dan jurulatihnya – Pasukan HD – terkurung di bilik apartmen yang terletak di Kuala Lumpur di mana mereka terpaksa berhati-hati tidak meretakkan jubin lantai semasa latihan menggunakan barbel.
Tetapi tanpa penat lelah, Diaz berjaya mencari masa mengumpulkan wang menerusi sesi latihan secara dalam talian untuk mengagihkan paket makanan kepada keluarga susah di kampung halaman yang menderita akibat perintah berkurung koronavirus.
Pada Oktober, Diaz dan pasukannya berpindah ke kawasan perkampungan yang terletak di Melaka, di mana mereka tinggal di sebuah rumah dimiliki oleh pegawai angkat berat Malaysia.
Dia mula menggunakan gim berhampiran tetapi sekatan diperketat sekali lagi memaksa dia mengadakan latihan di tempat letak kereta rumahnya, dengan bahang cuaca panas.
“Bila mana perintah berkurung dilaksanakan, dunia kami terhenti dan tidak tahu apa yang hendak dilakukan dan kami terkejut,” katanya.
“Jika saya tidak mempunyai Team HD, saya mengakui bahawa saya tidak mungkin akan berada di sini, saya mungkin akan pulang ke Filipina.” – AFP