Sunday, January 26, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perjalanan keluar selain 4 negara perlu mohon kebenaran

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 DIS – Orang ramai yang ingin keluar dan masuk ke negara ini bagi perjalanan tidak mustahak (non-essential travel) pada 1 Januari 2022 melalui pengangkutan udara ke negara-negara tersenarai Travel Green List semasa Fasa Awal Endemik ini tidak perlu memohon sebarang permohonan pengesahan daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM).

    Non-essential travel berkenaan hanya dibukakan bagi empat buah negara iaitu Australia, China, Singapura dan United Kingdom namun bagi mereka yang ingin melakukan perjalanan ke negara lain selain empat buah negara tersebut maka mereka dimestikan untuk membuat permohonan terlebih dahulu kepada JPM.

    Perkara itu dijelaskan oleh Menteri di JPM dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah semasa sidang media hari ini.

    Menyentuh mengenai persoalan kebenaran bagi para pelancong dari negara-negara dalam kategori Travel Green List yang tiba ke Negara Brunei Darussalam untuk menjalankan tempoh kuarantin di kediaman masing-masing di negara ini, Yang Berhormat Dato menjelaskan ia dibenarkan namun sebaik-baiknya merujuk segala nasihat dari Kementerian Kesihatan terlebih dahulu dengan syarat mengikuti prosedur operasi standard (SOP) tertentu seperti adanya bilik khas, penyediaan makanan teratur dan sesi pemantauan bagi mengelak perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda