Wednesday, November 13, 2024
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perjalanan pulau Tilos menuju masa hadapan hijau

    TILOS, GREECE – Tilos, kepulauan kecil di Greece adalah sebuah tempat yang dipilih oleh penggubal dasar untuk menguji teknologi hijau.

    Dengan menyediakan perkara asas seperti bekalan elektrik, perkhidmatan asas, atau malah mendapatkan akses feri, kesemuanya merupakan satu cabaran bagi sebuah pulau yang mempunyai sekitar 500 penduduk sepanjang tahun apabila mereka berdepan dengan masalah lain iaitu plastik.

    Sehubungan itu, pihak berkuasa telah mengumumkan bahawa lebih daripada 80 peratus sampah yang ada di Tilos kini dikitarkan semula.

    Berikutan dengan tempat pelupusan sampah yang telah ditutup secara kekal.

    Pulau berkenaan telah menghasilkan sebahagian besar tenaga elektriknya sendiri sejak tahun 2019, menggunakan taman suria dan turbin angin yang disambungkan pada bateri bersaiz besar yang menjanakan bekalan tanpa berlakunya gangguan.

    Maria Kamma-Aliferi semasa sesi bergambar di hadapan peta pulau untuk pembinaan loji kitar semula yang dibina di tapak pelupusan sampah yang lama di pulau Tilos. – AP
    Pekerja mengeluarkan barang yang sudah diproses dari kotak pemampat di loji berkenaan. – AP
    Spyros Aliferis meneliti pemasangan bateri untuk bekalan tenaga di pulau tersebut. – AP
    Kakitangan kru pengumpul sisa buangan menggunakan penimbang mudah alih untuk menimbang berat sisa yang akan dikitarkan semula di loji kitaran semula di Tilos. – AP

    Tilos adalah antara rantaian pulau yang terpencil di tenggara Laut Aegean, di mana kebanyakan pantai tidak berpenghuni, binatang ternak yang berkeliaran berdekatan dengan gereja yang berusia berabad lamanya dan pergunungan yang dipenuhi dengan tumbuhan oregano liar.

    Dengan itu, berdikari adalah salah satu keperluan untuk bertahan hidup dan ia menjadi sumber kebanggaan bagi pulau tersebut, begitu juga dengan teknologi.

    Sementara itu, di pelabuhan utama kelihatan kenderaan berkuasa elektrik dipandu melewati pelancong yang datang, sambil mengangkut barang-barangan. Panel suria yang memberikan kuasa kepada papan maklumat pada hentian bas yang membantu orang yang berkelainan upaya mendapat akses ke kawasan laut.

    Datuk Bandar tersebut, Maria Kamma-Aliferi mengongsikan bahawa populasi penduduk di Tilos semakin berkurangan yang mendorong mereka untuk membuat perubahan.

    “Pada tahun 1990an, terdapat orang yang tinggal di pulau ini, dengan sedikit kelahiran yang direkodkan. Sekolah yang hampir ditutup disebabkan jumlah kanak-kanak yang sedikit, dan saya adalah salah seorang daripada mereka,” katanya.

    “Dan pulau itu hampir terbiar se-penuhnya,” tambahnya.

    Walau bagaimanapun, datuk bandar bertahan di pulau tersebut dan mengambil kursus di universiti melalui sekolah perdagangan dan belajar tentang pentadbiran awam.

    “Kami hampir menuju ke jalan buntu, dan saya fikir itulah yang mendorong kami sekarang,” katanya sambil berdiri di tapak pelupusan lama di mana bunga kini telah ditanam.

    Dengan pelancongan di Medi-terranean dijangka pulih pada musim panas ini selepas dilanda dengan wabak terburuk, banyak pulau-pulau Greece menghadapi tekanan mendesak pada sumber mereka seperti kekurangan air minuman dan pergantungan kepada minyak diesel untuk menghasilkan elektrik apabila harga tenaga terus meningkat.

    Greece mempunyai sekitar 200 pulau yang berpenduduk, kebanyakannya masih mengalami gangguan bekalan tenaga pada musim panas dan mengalami kesukaran untuk mengatasi tempat pelupusan sampah yang melimpah, yang kebiasaannya tersembunyi di sebalik bukit.

    Pada musim panas ini, Tilos dijangka akan menerima sebanyak 30,000 pelancong, sementara pulau yang berdekatan iaitu Rhodes dijangka akan menerima lebih daripada dua juta pelancong yang menggunakan penerbangan udara.

    Skim pengambilan sampah rumah telah bermula pada bulan Disember lalu, dengan penduduk menyerahkan kit kitar semula dan diminta untuk mencuci dan mengasingkan sampah dari isi rumah.

    “Ianya berkesan. Kami bermula dengan 10 buah rumah dan kini lebih daripada 400 buah rumah,” kata Athanasios Polychronopoulos, yang mengetuai firma kitar semula Greek, Polygreen, menawarkan perkhidmatan tersebut secara percuma, dengan harapan untuk mengembangkan modelnya.

    Menurutnya, komuniti pulau tersebut menerima perubahan yang dijalankan dengan terbuka, menawarkan diri untuk menerima pelarian dan walaupun mereka mempunyai pilihan lain tetapi mereka tahu bahawa perkara sedemikian harus dilakukan.

    Menyentuh mengenai tapak pelupusan lama, ia telah digantikan dengan loji kitar semula di mana sampah yang dikumpulkan akan diasingkan untuk menghasilkan serbuk kaca, simen, baja, kertas kadbod dan kertas serta benang plastik yang digunakan oleh galeri seni untuk membuat pelamin bercetak 3D dan perabot.

    Loji berkenaan kini memproses sekitar dua tan sisa setiap minggu, kebanyakannya dikitar semula sepenuhnya. Kira-kira satu pertiga sisa tersebut telah dikompos dan sebanyak 15 peratus daripadanya dikategorikan sebagai sisa yang tidak boleh dikitar semula, manakala sisa tersebut akan diproses untuk digunakan dalam pembinaan.

    Polychronopoulos mengatakan bahawa mereka masih lagi melakukan kesilapan dan belajar daripadanya tetapi yang lebih mengejutkan lagi ialah apabila mereka mendapati warga emas adalah yang terbaik dalam mengasingkan sisa kerana jika difikirkan dengan logik, mereka ingat keadaan dunia sebelum adanya plastik.

    Sementara itu, pemilik restoran tepi laut, Nikos Atsiknoudas tertanya-tanya mengenai semua sampah plastik yang ada akan dibawa ke mana dan itulah apabila mereka merasakan bahawa mereka patut melakukan sesuatu mengenainya.

    Antara penyediaan makanan, menunggu meja dan mengosongkannya untuk pelanggan baharu, pekerja restoran memasukkan segala-galanya ke dalam tong berkod warna.

    “Melakukan kerja itu boleh dianggap kerja tambahan tetapi tiada siapa boleh mempertikaikan tentang kebaikan dalam jangka panjang,” katanya.

    “Kami mempunyai pelancong asing dan mereka terbiasa dengan amalan mengitar semula daripada kita dan mereka menyukainya.” – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda