Friday, April 26, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Perjalanan terkesan, ribut selubungi AS, Kanada

    MONTREAL, 18 JAN – Ribut musim sejuk yang besar menyelubungi Amerika Utara dalam salji kelmarin ketika ia membelah pantai timur AS ke Kanada, menganggu perjalanan dan memutuskan bekalan elektrik ke beribu-ribu rumah.

    Ramai rakyat Amerika yang terputus bekalan elektrik – kira-kira 120,000 daripadanya kelmarin – nampaknya kembali dalam talian, menurut laman sesawang PowerOutage.us.

    Kebanyakan tumpuan terbesar gangguan berlaku di negeri Atlantik pertengahan Virginia Barat dan negeri tenggara Carolina Utara dan Selatan serta Georgia.

    Lebih daripada 1,700 penerbangan dalam, masuk atau keluar dari AS telah dibatalkan kelmarin, sebagai tambahan kepada 3,000 hari sebelumnya, menurut laman sesawang penjejakan penerbangan, FlightAware.

    Sebahagian besar wilayah Kanada, Quebec dan Ontario kekal di bawah amaran ribut musim sejuk atau ribut salji, menurut laman sesawang kerajaan Kanada.

    Di Toronto, salji setinggi dua kaki dijangka – “ribut bersejarah bagi bandar itu,” menurut kenyataan Anthony Farnel, ketua ahli meteorologi saluran TV Kanada, Global News.

    “@cityoftoronto telah mengisytiharkan keadaan ribut salji utama sebagai tindak balas kepada salji yang lebat dan mengganggu hari ini yang akan membantu menyokong operasi pembersihan salji di seluruh bandar kami,” kata datuk bandar Toronto, John Tory di laman sosial Twitter kelmarin dan mencetuskan peraturan yang menghalang kereta daripada meletak kenderaan di tempat tertentu semasa salji dibersihkan.

    Banyak sekolah ditutup dan bas sekolah tidak beroperasi di Quebec dan selatan Ontario, termasuk kawasan Toronto. Pelajar sepatutnya kembali ke sekolah kelmarin di kedua-dua wilayah selepas cuti penggal. – AFP

    Ribut musim sejuk yang besar menyelubungi Amerika Utara dalam salji, mengganggu perjalanan dan memutuskan bekalan elektrik ke beribu-ribu rumah. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...