SEATTLE – Pada musim bunga tahun 2013, Buta Singh, seorang Sikh yang berusia 34 tahun yang berasal dari negeri Punjabi India cuba untuk melarikan diri dari tanah airnya kerana takut dengan isu penganiayaan agama dan politik serta menaruh harapan tinggi untuk memulakan kehidupan baru di Amerika Syarikat. Usaha Buta itu telah mengalami satu kronologi yang sangat panjang dan malah menghadapi beberapa kesulitan seperti menerima perjalanan trauma selama 10 minggu perjalanan menuju ke Amerika Syarikat, 11 bulan dalam tahanan dan beberapa tahun di dalam limbo untuk dikenakan undang-undang namun setelah Amerika Syarikat di bawah naungan presiden baru, Donald Trump, usahanya mungkin agak lebih pudar.
Namun pada satu petang baru-baru ini di sebuah mahkamah imigresen yang sibuk di pusat bandar Seattle, rayuan Singh akhirnya dalam pertimbangan dan dijadualkan dalam percubaan sehingga 8 Oktober 2020. “Saya tidak boleh berbuat apa-apa tanpa memerlukan kesabaran dan saya hanya mahu tempat yang selesa, selamat sebagaimana kehidupan yang saya lakukan sewaktu berada di India,” tambah Singh lagi kepada wartawan AFP.
Presiden Donald Trump telah memulakan beberapa peraturan dan undang-undang dengan beberapa tindakan tegas ke atas imigresen dan mengadakan sekatan terhadap kedatangan semua pelarian dan rakyat daripada tujuh buah negara majoriti penduduk Islam dan memulakan proses membina tembok di sepanjang sempadan selatan negara itu dengan Mexico. Kisah Singh menggambarkan sifat baru yang muncul dan kompleks terhadap landskap imigresen Amerika Syarikat yang sentiasa berubah-ubah.
Walaupun bilangan yang kecil berbanding dengan ratusan ribu pendatang yang tiba setiap tahun dari Mexico dan negara-negara jiran, pendatang dan pelarian dari rantau luar seperti Singh kini cuba membentuk sebahagian besar usaha mereka untuk berkhidmat dengan empayar negara besar itu setelah memasukinya.
Sistem imigresen Amerika Syarikat telah dipertingkatkan dan penguatkuasaan sempadan semakin diperketat serta sedang giat dikemaskinikan. Pada tahun lalu, Amerika Syarikat telah menahan lebih daripada 32,000 individu dari negara-negara luar seperti Mexico, penduduk-penduduk dari Amerika Tengah dan Cuba. Menurut satu kajian dan data perlindungan sempadan, kebanyakan pendatang haram cuba untuk memasuki Amerika Syarikat melalui kawasan perairan namun masih berjaya ditahan dan dipatahkan oleh pasukan keselamatan Amerika Syarikat.
Menurut bilangan data dari negara, bilangan pendatang adalah seperti berikut, 6503 dari Haiti diikuti dengan Brazil sebanyak 4664, India 3,622, Ecuador sebanyak 2996, China sebanyak 2595 dan Romania sebanyak 2569.
Gelombang pasang surut
“Saya sentiasa mewakili individu yang di seludup melalui Latin Amerika, namun apa yang pasti, pada tahun lalu merupakan satu situasi pasang surut kehidupan sebagai seorang pelarian dan pendatang,” kata John Lewit, seorang peguam yang mewakili Singh dari Texas. Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, kebanyakan mereka yang mempunyai identiti daripada negara-negara Somalia, Syria dan Iraq, sama sekali dilarang untuk memasuki Amerika Syarikat malah visa mereka secara automatik akan dibatalkan walaupun masih sah digunakan. Negara-negara ini telah dianggap sebagai negara yang terdedah dengan aktiviti keganasan dan Amerika Syarikat di bawah pimpinan tokoh baru itu mula merencanakan satu arahan yang mengemparkan dunia.
Setelah perintah eksekutif yang dikeluarkan baru-baru ini oleh Donald Trump yang mana memerintahkan pihak berkuasa untuk mula membina sebuah tembok di sempadan Mexico dan berkata, “Pendatang tanpa izin akan berterusan membentangkan bahaya yang jelas dan hadir namun untuk kepentingan Amerika Syarikat, ia wajar dilakukan.” “Kebanyakan mereka yang cuba memasuki negara ini adalah mereka yang bermaksud jahat terhadap Amerika Syarikat melalui tindakan ganas atau tindakan jenayah,” tambah tokoh itu tidak lama lalu.
Jalan-jalan, sungai dan hutan
Perjalanan Singh menyerlahkan lagi tentang bahaya kemasukannya ke negara itu. Selepas ayahnya menjual tanah dan membayar kira-kira AS$40,000 kepada para penyeludup di India dan terbang melalui Eropah dan Amerika Selatan serta Nicaragua. Dari situ, Singh telah bersembunyi di sebuah bangku kabin trak, mengembara di sungai dengan menggunakan rakit hampir roboh dan merentas masuk melalui hutan.
Para penyeludup di Suriname telah mencuri pasportnya malah pihak polis dari Honduras memeras dirinya untuk merasuah mereka. Ternyata perjalanan Singh untuk memasuki India melalui liku-liku yang sangat mencabar dan sedikit sebanyak membahayakan dirinya sendiri. Dikenali sebagai seorang lelaki yang tidak memakan daging, dia boleh hidup tanpa makanan dan air dengan jangka waktu yang begitu lama.
“Jika saya sakit, saya rasa tiada siapa yang akan berupaya untuk merawat haiwan seperti saya ini. Saya fikir saya akan mati yang mana sebenarnya saya boleh saja mati,” kata Singh kepada wartawan AFP menceritakan kisahnya untuk memasuki Amerika Syarikat. Singh akhirnya sampai memasuki Amerika Syarikat melalui sempadan Amerika Syarikat di El Paso, Texas. – AFP