Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Perjanjian AS, Poland bekalkan jet pejuang Ukraine

    CHISINAU, 6 MAC – Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken berkata hari ini bahawa AS ‘bekerja secara aktif’ dalam perjanjian dengan Poland untuk membekalkan Ukraine dengan jet untuk memerangi penceroboh Rusia.

    Perjanjian tersebut menurut laporan, boleh melibatkan Poland menyerahkan MIG-29 yang sedia ada, sebuah jet pejuang buatan Soviet atau Rusia yang biasa digunakan oleh juruterbang Ukraine, dan AS kemudiannya akan menyediakan pesawat pejuang F-16nya kepada Poland sebagai pengganti.

    Pegawai AS, termasuk Blinken, telah memperkecilkan kemungkinan mana-mana negara NATO membekalkan Ukraine yang terkepung sejak awal minggu ini.

    Sementara itu, Blinken mengesahkan ia sedang dalam perbincangan aktif, kata beliau di Moldova hari ini.

    “Tidak boleh bercakap mengenai garis masa, tetapi saya hanya boleh mengatakan kami melihatnya dengan sangat, sangat aktif,” katanya kepada pemberita.

    “Kami sedang melihat secara aktif sekarang pada persoalan kapal terbang yang mungkin disediakan oleh Poland kepada Ukraine dan melihat bagaimana kami boleh mengisi semula sekiranya Poland memutuskan untuk membekalkan pesawat tersebut,” tambahnya.

    Komen itu dibuat sehari selepas Blinken bertemu Menteri Luar Ukraine Dmytro Kuleba di sempadan Poland dan Ukraine serta Kuleba mendesaknya untuk mendapatkan pesawat itu.

    Selepas 10 hari perang kejam tersebut berlangsung, Kuleba berkata, “Permintaan tertinggi yang kami ada adalah dalam jet pejuang, pesawat serang dan sistem pertahanan udara.”

    “Jika kita kehilangan langit, akan ada lebih banyak darah di atas tanah,” katanya selepas mesyuarat itu, dengan Blinken berdiri di sebelahnya.

    Walaupun sebahagian besar tentera udara Ukraine kekal utuh sejak perang tersebut bermula pada 24 Februari, kedua-dua Ukraine dan Rusia telah mengalami kerugian besar dan kedua-duanya tidak mengawal ruang udara di negara itu. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...