Sunday, January 19, 2025
28 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perjanjian bersejarah

    OTESEVO, 18 Jun – Greece dan Macedonia kelmarin menandatangani perjanjian awal bersejarah untuk menamakan semula wilayah kecil Balkan, Republik Utara Macedonia sekali gus mengakhiri pertikaian yang menjejaskan hubungan antara dua negara jiran itu sejak 1991.

    “Ini merupakan langkah bersejarah dan berani untuk rakyat kami,” kata Perdana Menteri Alexis Tsipras.

    “Kami di sini membaiki segala pertikaian dan membuka laluan untuk perdamaian, pertumbuhan untuk negara-negara Balkan dan Eropah,” katanya.

    “Kedua-dua negara ini perlu melupakan kisah yang lalu dan maju ke depan,” menurut Perdana Menteri Macedonia, Zoran Zaev.

    “Dengan menandatangani perjanjian ini, satu pencapaian sesuatu yang sukar.”

    Alexis Tsipras (kanan) dan Zoran Zaev (kiri) bergandingan tangan semasa majlis penandatanganan antara pegawai-pegawai dari Greece dan Macedonia di Prespes Lake kelmarin. – AFP

    Tetapi sementara kedua-dua menteri luar dari kedua buah negara menandatangani perjanjian itu, penunjuk perasaan Greece bertempur dengan polis perusuh yang menggunakan gas pemedih mata berhampiran perkampungan kecil Pisoderi.

    Enam anggota polis dan enam penunjuk perasaan dilaporkan cedera, menurut pihak polis di mana sekitar 500 penunjuk perasaan yang mengibarkan bendera Greece cuba untuk pergi ke majlis tersebut.

    Perjanjian adalah bertujuan untuk menyelesaikan pertikaian diplomatik terpanjang yang bermula 27 tahun yang lalu selepas pengisytiharan kemerdekaan Macedonia pada masa dahulu.

    “Masanya telah tiba lagi untuk bergembira di Balkan,” menurut Tsipras, detik sebelum dokumen tersebut ditandatangani oleh menteri-menteri luar.

    Zaev dan beberapa menteri yang lain tiba dengan bot laju di perkampungan nelayan Psarades di bawah sinaran matahari, di selatan tebing Sungai Prespa, salah sebuah sempadan semula jadi antara dua buah negara tersebut. Tsipras dan Zaev berlabuh di kampung itu dan diterima dengan sokongan.

    Di bawah setiausaha jeneral Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk hal ehwal politik, Rosemary DiCarlo, perunding jangka panjang PBB, Matthew Nimetz, ketua diplomatik Kesatuan Eropah (EU), Federica Mogherini dan pesuruhjaya perkembangan EU, Johannes Han bergandingan tangan sambil mengambil gambar menggunakan telefon bimbit mereka. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda