Perjanjian damai Taliban bermula

ISLAMABAD, 21 FEB – Perjanjian tujuh hari ‘pengurangan keganasan’ yang dijanjikan oleh Taliban akan bermula hari ini, kata pegawai kanan Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), tanpa menyatakan masa yang tepat.

Permulaan perjanjian itu juga akan melibatkan satu penandatangan perjanjian damai antara Taliban dan Amerika Syarikat pada akhir bulan ini.

Perjanjian damai itu, yang akan ditandatangani di Doha, Qatar, pada 29 Februari, akan membuka jalan bagi penarikan pasukan AS dan rundingan antara Afghanistan. Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo berkata perjanjian damai juga akan membawa kepada gencatan senjata yang kekal.

“Kami sedang bersiap untuk menandatangani perjanjian yang akan dilaksanakan pada 29 Februari,” kata Pompeo dala m satu kenyataan.

“Rundingan antara Afghanistan akan bermula tidak lama lagi dan akan membina langkah asas dan gencatan senjata menyeluruh dan kekal serta jalan politik masa depan untuk Afghanistan.”

Pegawai keselamatan Afghanistan ketika berada di lokasi serangan bom kereta di Kabul, Afghanistan. Perjanjian tujuh hari ‘pengurangan keganasan’ yang dijanjikan oleh Taliban akan bermula, kata pegawai kanan Jabatan Negara Amerika Syarikat. – AP

Pegawai Jabatan Negara bercakap dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan membincangkan perjanjian itu. Tetapi pelaksanaan perjanjian itu juga dilihat penuh dengan kesulitan.

Masih tidak jelas siapa yang akan mewakili Kabul di meja perundingan untuk perbincangan antara Afghan, dianggap sebagai tonggak utama dalam mencari keamanan yang kekal di negara yang dilanda perang itu. Suruhanjaya pilihan raya Afghanistan awal minggu ini mengisytiharkan Presiden Ashraf Ghani pemenang bagi pemilihan presiden yang diadakan pada bulan September tetapi para pesaingnya dengan cepat mengecam kemenangannya.

Taliban enggan bercakap dengan kerajaan Ghani dan juga mengecam keputusan pilihan raya, dengan mengatakan mereka akan berbincang dengan wakil kerajaan tetapi hanya sebagai warga Afghanistan biasa. Kenyataan Pompeo tidak mengatakan siapa yang akan mengambil bahagian dalam rundingan antara Afghan dari Kabul, hanya mengatakan bahawa rundingan antara Afghan akan bermula tidak lama lagi selepas satu penandatanganan di Doha. Taliban mengeluarkan kenyataan mereka sendiri mengenai pengurangan perjanjian keganasan. Taliban menambah bahawa mereka tidak akan membenarkan tanah Afghanistan digunakan untuk keselamatan orang lain. – AP