Wednesday, May 14, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perjanjian dimeterai

    KHARTOUM, 17 JULAI – Para pembantah Sudan dan jeneral-jeneral pemerintah hari ini memeterai perjanjian yang dihasratkan untuk menubuhkan pentadbiran awam, permintaan penting daripada para pembantah sejak Presiden Omar al-Bashir digulingkan dalam rampasan kuasa tiga bulan lalu.

    Langkah untuk mengendurkan kebuntuan yang membelenggu negara itu, diikuti dengan bantahan meluas seluruh negara yang bermula ke atas Bashir pada Disember lalu namun kemudian diteruskan selepas majlis ketenteraan menyingkirkannya pada 11 April.

    Timbalan ketua majlis tentera, Jeneral Mohamed Hamdan Dagalo – yang memeterai perjanjian itu bagi pihak jeneral-jeneral hari ini – memberitahu AFP perjanjian itu adalah ‘saat bersejarah’ bagi Sudan.

    Ia telah ‘membuka era kerjasama baharu dan baik antara angkatan bersenjata, Rapid Support Forces (RSF) dan para pemimpin revolusi Sudan yang gemilang,” kata Dagalo selepas selesai menandatanganinya.

    Dagalo yang juga ketua RSF, organisasi separa tentera digeruni yang berasal dari militia Janjaweed menumpaskan pemberontak Afrika pada awal 2000 di Darfur.

    Ibrahim al-Amin, ketua pembantah utama, mengesahkan ‘hari ini, kami menyelesaikan deklarasi politik’.

    Rundingan tegang berlaku sepanjang malam berhubung butiran deklarasi politik di sebuah hotel mewah di tebing sungai Nile di ibu negara, lapor koresponden AFP.

    Ketika para jeneral melangkah keluar dari dewan selepas memeterai perjanjian itu, sekumpulan kecil – termasuk wanita melambaikan bendera negara – melaungkan ‘pemerintahan awam, pemerintahan awam’.

    Perjanjian perkongsian kuasa penting itu, yang telah dipersetujui pada dasarnya 5 Julai, telah dibroker oleh Kesatuan Afrika dan pengantara Ethiopia selepas berminggu-minggu rundingan terhenti-bermula antara kumpulan bantahan Umbrella dan jeneral-jeneral pemerintah. – AFP

    Mohamed Hamdan Dagalo (kanan) dan ketua gerakan bantahan Alliance for Freedom and Changes, Ahmad al-Rabiah berjabat tangan selepas memeterai perjanjian di Khartoum pada 17 Julai. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda