Monday, November 4, 2024
30.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perjanjian eksport ke Sabah

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 SEPT – Usaha untuk mengembangkan lagi perniagaan perusahaan tempatan untuk memasuki pasaran mencatatkan perkembangan positif dengan tiga buah perniagaan Brunei telah memeterai perjanjian untuk mengeksport ke Sabah berikutan dengan penyertaan Negara Brunei Darussalam dalam Ekspo Antarabangsa Sabah (SIE), baru-baru ini.

    Penandatanganan perjanjian itu diumumkan oleh Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (BEDB) melalui Darussalam Enterprise (DARe) dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, di mana majlis penandatanganan bagi tiga buah syarikat Brunei iaitu PDS Abattoir Sdn Bhd (PDS), Royal Brunei Culinary Sdn Bhd (RBC) serta BMC Food Industries (B) Sdn Bhd telah diadakan di Pavilion Brunei di SIE pada 21 September lalu.

    Sesi bergambar ramai semasa majlis penandatanganan perjanjian tersebut. – Gambar serahan DARe
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda