Perjanjian ekstradisi UK, HK ditangguhkan

MOSCOW, 20 JULAI – Setiausaha Luar United Kingdom (UK), Dominic Raab, dijangka mengumumkan penangguhan perjanjian ekstradisi dengan Hong Kong (HK) pada hari ini berikutan ketegangan yang meningkat dengan Beijing, lapor agensi berita Sputnik, memetik laporan media Britain.

Raab akan mengumumkan hasil tinjauan semula pengaturan ekstradisi dengan Hong Kong pada hari ini, lapor The Guardian. The Telegraph mengatakan, mengutip sumber-sumber pemerintah semalam, Raab dijangka memaklumkan anggota parlimen, pengaturan itu akan dihentikan sementara, tetapi perjanjian tidak dibatalkan sama sekali kerana kerajaan UK ingin mencari inisiatif yang lebih baik.

Undang-undang keselamatan nasional baharu Beijing telah mendorong Kanada dan Australia memperkenalkan dasar baharu untuk menawarkan bantuan kepada penduduk Hong Kong. – Bernama