Perjanjian kad keistimewaan GHK Motors

Oleh Pg Fairol RMF
Gambar Oleh Muiz Matdani

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Jan – Sempena dengan penandatanganan kad keistimewaannya dengan rakan-rakan niaga, Goh Hock Kee (GHK) Motors me-ngadakan karnival GHK yang berlangsung di Bilik Pameran GHK, di sini, hari ini, di mana pelbagai aktiviti menyeronokkan disediakan untuk para pelanggan.

Karnival itu turut menyaksikan penandatanganan perjanjian bagi kad keistimewaan GHK Motors bersama rakan-rakan niaga iaitu Autopro Tyre, Tyremart, Seng Hoe Huat Accessories Co, Jerudong Park Country Club, Netcom Computer, IA Salon, Paloma Cosmetic & Beauty Salon, Creation By Karishma, Sunju Enterprise Sdn Bhd (Kipling), Under Armour, CountryPatch Café, Ding Tea, Excapade Japanese Cuisine, FlapJack House, Jollibee, Restoran & Katering La Mee, Restoran & Katering Rovansil, Restoran Deli-Bites, Restoran Kitaro, Restoran Momo, Starlodge Brunei dan Wira Group Companies yang merangkumi Restoran Bali Pit-Stop, Restoran De’layar Seafood, Bali Pit-Stop Beauty & Health Establishment dan Bali Pit-Stop Boutiques & Tailoring.

Menandatangani perjanjian bagi pihak GHK Motors ialah Pengarah GHK, Jake Goh.

Aktiviti sehari dari pukul 9 pagi hingga 5 petang itu menyediakan pelbagai permainan dan aktiviti seperti bola sepak, memecah tembikai, Peraduan PingPong, Peraduan Mewarna dan cabutan bertuah untuk memenangi hadiah-hadiah tajaan rakan-rakan niaga GHK Motors.

Selain itu, kanak-kanak juga diceriakan dengan ais krim, aktiviti melukis muka, permainan bouncer secara percuma serta Peraduan Mewarna yang dijalankan oleh Jollibee dengan pemenangnya menerima pek hadiah daripada Jollibee.

Pemilik kad keistimewaan GHK juga dialu-alukan untuk mendaftar semula kad mereka secara percuma hari ini hingga 31 Mac 2017, di mana mereka dimestikan membawa kad keistimewaan lama, kad pengenalan dan salinan kad biru.

Bergambar ramai di antara rakan niaga kad keistimewaan GHK Motors Sdn Bhd.
Bergambar ramai di antara rakan niaga kad keistimewaan GHK Motors Sdn Bhd.
Antara aktiviti yang diadakan pada karnival tersebut.
Antara aktiviti yang diadakan pada karnival tersebut.