Saturday, April 20, 2024
25 C
Brunei

    -

    ‘Perjanjian keselamatan antara Kepulauan Solomon, China tak terjejas’

    SYDNEY, 17 APRIL – Menteri luar Australia hari ini berkata perjanjian keselamatan kontroversi antara Kepulauan Solomon dan China tidak akan menandakan berakhirnya kerjasama pertahanan antara Australia dan negara Pasifik itu.

    Marise Payne memberitahu penyiar kebangsaan, ABC bahawa perjanjian keselamatan dua hala yang masih wujud antara Australia dan Kepulauan Solomon akan diteruskan meskipun jika negara itu tidak mengendahkan rayuan daripada Canberra dan menandatangani perjanjian keselamatan bersama China.

    Dia memberitahu ia adalah di bawah perjanjian ini ‘pasukan bantuan yang terdiri daripada negara-negara kepulauan Pasifik – Australia, New Zealand, Fiji dan Papua New Guinea – dilanjutkan ke Kepulauan Solomon pada penghujung tahun lalu untuk menyokong mereka dalam menangani kekacauan’ dicetuskan oleh bantahan terhadap Perdana Menteri, Manasseh Sogavare. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...