Perjanjian perdagangan pasca Brexit pertama UK-Jepun

LONDON, 11 SEPT – Britain hari ini mengatakan bahawa ia telah memeterai perjanjian perdagangan pertama selepas Brexit, perjanjian perdagangan bebas dengan Jepun sehari
selepas perbalahan dengan Kesatuan Eropah.

Jabatan Perdagangan Antarabangsa mengatakan bahawa perjanjian itu akan meningkatkan perdagangan dengan Jepun bernilai sekitar £15.2 bilion (AS$19.5 bilion).

Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif UK-Jepun telah dipersetujui secara prinsip oleh Setiausaha Perdagangan Antarabangsa, Liz Truss dan Menteri Luar Negeri Jepun, Motegi Toshimitsu semasa sidang video hari ini.

Ini berdasarkan kesepakatan EU-Jepun yang berkuat kuasa tahun lalu, tetapi tidak terpakai lagi kepada Britain mulai 31 Disember.

Britain meninggalkan EU pada Januari lalu tetapi bersetuju menghentikan seketika peralihan sehingga akhir tahun dan bergegas mendapatkan perjanjian serupa atau perjanjian perdagangan baharu sebelum tarikh tersebut.

“Ini adalah detik bersejarah bagi UK dan Jepun sebagai perjanjian perdagangan pasca Brexit pertama kami,” kata Truss.

“Perjanjian yang telah kami rundingkan dalam waktu singkat dan dalam keadaan yang mencabar melepasi perjanjian EU yang ada, kerana ia memperoleh kemenangan baharu bagi perniagaan Britain dalam industri pembuatan, makanan dan minuman, dan teknologi kami yang hebat.”

Perjanjian itu adalah langkah penting untuk menyertai Perkongsian Trans-Pasifik, tambahnya.

Britain berdepan kebuntuan dalam perbincangan yang semakin rapuh dengan EU mengenai hubungan perdagangan masa depannya, dengan Brussels hari ini mengancam tindakan undang-undang atas undang-undang kontroversi Brexit yang melanggar perjanjian perikatan perpecahan dari EU yang telah dipersetujui tahun lalu. – AFP

Menteri Luar Negeri Jepun, Toshimitsu Motegi menghadiri persidangan video dengan Setiausaha Perdagangan Antarabangsa Britain, Liz Truss di Tokyo hari ini. Britain mengatakan bahawa ia telah mengesahkan perjanjian perdagangan pasca Brexit pertama dalam perdagangan bebas dengan Jepun. – AFP