Perjanjian tiga negara cetus bantahan

WASHINGTON, 15 SEPT – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump akan menjadi tuan rumah bagi upacara hari ini di mana Bahrain dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) memulihkan hubungan dengan Israel, serta menyusun semula peta diplomatik di Timur Tengah – dan meningkatkan harapan pemilihan semula parti Republikan.

Acara yang akan diadakan di laman selatan Rumah Putih, dihadiri oleh Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dan menteri-menteri luar Bahrain dan UAE, akan menjadi negara Arab pertama yang mengukuhkan hubungan bersama Israel sejak Mesir pada 1979 dan Jordan 1994.

“Semua pihak sangat teruja,”menurut pegawai tinggi pentadbiran Trump memberitahu wartawan.

Ratusan penduduk dijemput untuk menghadiri dan berjabat tangan secara simbolik di antara wakil-wakil Arab dan Netanyahu tidak akan diadakan, menurut pegawai.

“Koronavirus masih bermain di fikiran semua orang, meskipun mereka telah menjalani ujian,” katanya. “Jadi mereka ingin melakukan sebarang kontak fizikal maka ia adalah difahami.”

Bagi negara Timur Tengah, perjanjian yang digelar Perjanjian Abraham menandakan perubahan besar dalam masa beberapa dekad di mana negara-negara Arab cuba untuk mengekalkan perpaduan menentang Israel mengenai layanan mereka terhadap Palestin.

Bantahan yang semakin memuncak, di mana pemimpin Palestin Ahad lalu menyeru mengadakan demonstrasi di kawasan yang dijajah dan di luar kedutaan Amerika Syarikat, Israel, Bahrain dan UAE untuk membantah ‘perjanjian yang memalukan’.

Tetapi bagi negara lain, gabungan kuasa besar telah menguasai rantau tersebut.
Keempat-empat buah negara yang meraikan acara di Rumah Putih mempunyai persamaan memusuhi Iran, di mana Trump telah cuba untuk memberikan tekanan ekonomi dan diplomatik.

Perjanjian ini akan memberikan Israel dan rakan baharu mereka peluang ekonomi yang besar, ketika mereka ingin membangunkan semula kelembapan antarabangsa disebabkan oleh pandemik koronavirus. – AFP