Monday, February 10, 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perjuangan pembuat topeng tradisi di Malang

    MALANG – Kedengaran bunyi ketukan dan alat ukiran kayu di sebuah kawasan malah bunyi ketukan itu dapat didengar dari jalan raya ke kawasan perkampungan Kedungmonggo, Malang di Jawa Timur.

    Perkampungan ini terkenal sebagai sebuah kampung yang telah melahirkan banyak artis dan tukang kayu yang mahir dalam pembuatan topeng yang lebih dikenali sebagai Malangan (Topeng Gaya Malang) dan sehingga ke hari ini, kampung itu masih mempunyai seorang penggiat seni tersebut, Mbah Karimun, seorang tukang kayu dan jurulatih tarian seni bertopeng namun penggiat seni itu telah meninggal dunia pada tahun 2010.

    Apa yang membanggakan, penggiat itu sempat menurunkan segala ilmunya kepada anak-anak muda di sekitar perkampungan tersebut untuk dipraktikkan dan dipertahankan sehingga ke hari ini.

    Sebagai salah satu budaya tradisi di Malang, topeng Malangan terdiri daripada bentuk tarian bertopeng dan topeng ketukangan. Seni tradisi Indonesia ini sinonim dengan pelbagai bentuk cerita sastera klasik Jawa Timur, Cerita Panji Putera Asmoro Bangun. Setiap topeng kayu yang dihasilkan mempunyai warna dan bentuk untuk menggambarkan pelbagai watak dalam beberapa episod dalam cerita sastera klasik berkenaan.

    Salah seorang pelajar dari bukan kalangan keluarga Mbah Karimun telah lama berkecimpung dalam bidang seni itu malah sehingga ke hari ini sudah mahir dan berpengalaman.

    Mahfud yang berusia 22 tahun telah mula mempelajari seni tradisi itu selama 15 tahun dan mempelajari sendiri daripada Mbah Karimun.

    “Saya sudah lama belajar di perkampungan ini malah saya juga turut mengamalkan tarian topeng dan kemudian saya akan melakukan ukiran topeng kayu mengikut watak-watak dalam cerita panji tersebut,” kata Mahfud yang tinggal berdekatan dengan mentornya kepada pihak media.

    Peranan tersendiri

    Topeng-topeng kayu ini sebenarnya mempunyai peranannya masing-masing dan bertujuan untuk digunakan ketika berada di atas pentas. Topeng kayu ini diperbuat daripada sepsis kayu yang tertentu seperti kayu sengon (Albizia Chinensis), Mahogany, Nangka dan juga Waru (Hibiscus Tiliaceus).

    “Saya selalunya tidak melihat apatah lagi untuk menghirup daripada kuasa topeng tersebut melainkan jika ia diminta berbuat demikian, namun lazimnya, topeng kayu ini dimainkan oleh para pembuat persembahan pentas,” tambah Mahfud lagi kepada wartawan media.

    Dalam mencipta topeng ini, Mahfud sekurang-kurangnya menghabiskan masa selama lima hari untuk menyelesaikannya malah para tukang kayu akan menggunakan kayu yang telah disimpan atau dikeringkan untuk sekurang-kurangnya enam bulan dan apa yang penting, bukan kayu yang diambil dari pokok yang baru sahaja ditebang. Kemudian bahan-bahan ini kemudian dipotong menjadi kepingan kecil berukuran 21 sentimeter panjang dan 16 cm lebar. Para pembuat topeng kemudiannya akan membentuk wajah mengikut ciri-ciri watak-watak yang diwakili melalui cerita-cerita klasik tertentu.

    Raut wajah dan perhiasan setiap watak topeng akan terlebih dahulu dilukis dengan menggunakan pencil dengan mengikut corak yang berkaitan. Topeng Malangan sebenarnya mempunyai sekitar 76 aksara.

    Permukaan topeng lazimnya selalu mendapat empat peringkat penghalusan. Permukaan topeng akan dilicinkan dicat dengan teliti untuk menutup ruang liang, kemudian dibersihkan kembali dan kemudian akhir sekali dilukis kembali raut wajah tersebut.

    Lazimnya topeng kayu yang berwarna putih mewakili watak untuk golongan bangsawan, kejujuran, kesucian dan keagungan.
    Lazimnya topeng kayu yang berwarna putih mewakili watak untuk golongan bangsawan, kejujuran, kesucian dan keagungan.
    Dalam mencipta topeng ini, Mahfud sekurang-kurangnya menghabiskan masa selama lima hari untuk menyelesaikannya.
    Dalam mencipta topeng ini, Mahfud sekurang-kurangnya menghabiskan masa selama lima hari untuk menyelesaikannya.

    Apa yang pasti, setiap warna cat minyak untuk muka topeng dan perhiasannya adalah digunakan mengikut watak-watak. Lazimnya, warna merah digunakan untuk watak gergasi, entiti jahat dan sifat ketamakan manakala putih pula mewakili watak untuk golongan bangsawan, kejujuran, kesucian dan keagungan.

    Warna kuning pula untuk kemuliaan wanita, hijau pula untuk adab dan akhir sekali warna kuning pula mewakili keemasan untuk kesaktian dalam keluarga diraja.

    Apa yang penting ialah para petukang kayu topeng untuk memastikan melukis pada hari yang sangat cerah bagi memastikan cat cepat kering. Bagi fasa terakhir, para pembuat topeng akan melakukan butiran warna dengan lebih mendalam lagi seperti ukiran di kening dan dahi, mata dan juga motif bibir serta memakai tali topeng pengunci yang berfungsi sangat dalam cerita sastera Indonesia.

    Pada hari ini, ramai di kalangan belia di kampung tersebut membuat keputusan untuk kekal dan bergiat aktif dalam menghasilkan topeng kayu tersebut malah ada juga di antara mereka terus aktif untuk menari secara profesional untuk menyara keluarga mereka sendiri. Widhi, salah seorang tukang topeng kayu berusia 20-an akan menghasilkan sekitar lima hingga 10 topeng dalam satu bulan dan dijual dengan harga antara AS$6 setiap satu.

    Kebanyakan pesanan untuk menempah topeng kayu ini datang dari artis-artis tarian dan individu yang menggunakannya untuk hiasan rumah. Kesukaran dalam memasarkan produk-produk kraf tangan adalah satu kekangan utama kepada kelangsungan perniagaan setiap penggiat seni tradisi ini. Setakat ini, mereka telah bergantung pada pesanan dan pembelian oleh individu yang dimaklumkan mengenai ciptaan dari mulut ke mulut.

    Malangnya, pentadbiran tempatan belum lagi dibangunkan untuk mengiktiraf topeng Malangan sebagai aset budaya dan ikon serantau untuk promosi ekonomi dan pelancongan.

    Pihak ini perlu belajar tentang memanfaatkan potensi daripada budaya tradisional dari kawasan jiran seperti Bali dan Banyuwangi. Kesannya, artis topeng dan pembuatan topeng kayu di Kedungmonggo diusahakan secara persendirian untuk mengekalkan identiti tempat kelahiran mereka. – JP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda