Perjuangan Real Sociedad berakhir

MADRID, 25 JUN – Perjuangan Real Sociedad untuk kelayakan Liga Juara-Juara nampaknya berakhir setelah mereka mengalami kekalahan ketiga berturut-turut di tempat sendiri selepas menentang Celta Vigo semalam.

La Real hanya mendapat satu mata dari empat perlawanan terakhir mereka sejak La Liga kembali semula dan kini menduduki tempat ketujuh, enam mata di belakang Sevilla di tangga keempat.

Sepakan penalti Iago Aspas pada separuh masa pertama cukup untuk meraih kemenangan 1-0 buat Celta Vigo, yang melonjak tujuh mata dari zon penyingkiran.

Celta telah menemui rentak mereka sejak kembali dari penggantungan tiga bulan. Mereka kini memperoleh tujuh mata daripada sembilan perlawanan terakhir mereka, menjaringkan tujuh gol dan tanpa kalah.

Aspas menjaringkan penalti untuk gol ke-11nya musim ini ketika Celta mengambil langkah untuk bertahan di La Liga.

Osasuna terselamat setelah mereka menang 1-0 di Alaves dan meletakkan 12 mata dari kedudukan ketiga terbawah. – AFP