Perjumpaan beriga Program ASEAN PhD

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 DIS – Satu delegasi ahli akademik terkemuka dari Institut Teknologi India (IIT), Delhi telah mengadakan beberapa perjumpaan dengan pihak-pihak berkepentingan di negara ini untuk meningkatkan kesedaran mengenai Program ASEAN PhD Fellowship yang berprestij.

Kunjungan delegasi yang diketuai oleh Profesor K K Pant dan Profesor Nomesh B Bolia itu juga diadakan bagi meneroka kerjasama serta penyelidikan dengan institusi pengajian tinggi di negara ini.

Turut menyertai delegasi tersebut ialah Profesor Nitya Nanad Gosvami dari Jabatan Sains dan Kejuruteraan Bahan dan Profesor Arnab Chanda dari Pusat Kejuruteraan Bioperubatan (CBME).

Delegasi berkenaan telah mengadakan beberapa perjumpaan berasingan bersama perwakilan daripada Universiti Brunei Darussalam (UBD), Universiti Teknologi Brunei (UTB), Kementerian Pendidikan dan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA).

Pada 25 Januari 2018, semasa malam Hari Republik India, Perdana Menteri India, Shri Norendra Modi telah mengumumkan 1,000 orang felo yang terdiri daripada warga ASEAN akan dibiayai oleh kerajaan India bagi melanjutkan pengajian dalam Program PhD di IIT.

Delegasi India ketika mengadakan perjumpaan bersama perwakilan UBD.