Perjumpaan bincang sambutan ulang tahun penubuhan

Oleh Daniel Lim

BELAIT, 30 JULAI – Sebagai persediaan bagi menyambut ulang tahun penubuhan ke-66 tahun, Persatuan Foochow Kuala Belait telah mengadakan siri pertama perjumpaan, baru-baru ini.

Perjumpaan diadakan di bangunan utama persatuan, di Jalan Bunga Raya dan Jalan Bunga Simpur, Kuala Belait itu dipengerusikan oleh pengerusi persatuan, Tan Tei Tei.

Antara topik perbincangan semasa perjumpaan tersebut termasuklah pelantikan jawatankuasa majlis dan aktiviti-aktiviti yang akan diadakan semasa sambutan tersebut.

Semasa perjumpaan tersebut menyaksikan pelantikan Agnes Hwong sebagai Pengerusi Sambutan dan timbalannya ialah Tang Yik Liong.

Dengan berlangsung perjumpaan tersebut, persatuan merancang untuk terus mengadakan perjumpaan bagi membincangkan butiran acara yang akan diadakan pada hujung tahun ini.

Ahli mengadakan perjumpaan pertama bagi membincangkan ulang tahun ke-66 persatuan itu.