BANDAR SERI BEGAWAN, 19 FEB – Bekas anggota Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) skuad 1/71 telah berkumpul dalam majlis perjumpaan semula yang diadakan di Restoran Srikandi, di Daerah Belait, baru-baru ini.
Pengerusi majlis, DSP (B) Haji Mohd Yusop bin Haji Abdul Kasim, melahirkan rasa gembira dan terharu di samping sokongan isteri-isteri skuad 1/71 kerana dapat bertemu lagi kali ketujuh dengan rakan-rakan yang telah lama bersara daripada PPDB.
Tujuan majlis itu diadakan bagi mengeratkan lagi silaturahim dan hubungan mesra yang telah lama terjalin kalangan rakan-rakan yang telah bersara.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa kesyukuran dan diselajurkan dengan bacaan tahlil dan Doa Arwah untuk ahli-ahli yang telah kembali ke rahmatullah yang dibacakan oleh ahli skuad 1/71.