Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 24 MAC – Duta Republik Turki ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Profesor Dr Hamit Ersoy dan isteri, Lale Ersoy mengadakan perjumpaan dan sesi suai kenal bersama pengamal media yang berlangsung di kediaman beliau di Kampung Madang, hari ini.
Semasa sesi perjumpaan tersebut, Tuan Yang Terutama mengongsikan perasaan gembira apabila diberi peluang untuk menjadi Duta Republik Turki di Brunei. Selain itu, beliau juga turut mengongsikan pengalaman beliau dalam bidang media dan penyiaran.
Beliau berhasrat agar sepanjang tempoh perkhidmatannya di negara ini akan dapat membawa pelabur Turki untuk mengetengahkan produk negara tersebut di negara ini.