Friday, April 19, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    PERKAB hargai jasa dan sumbangan felo

    Oleh Ak Zaki Kasharan 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 OGOS – Persatuan Kaunseling Brunei (PERKAB) telah menghargai jasa dan sumbangan felo, lembaga pengarah, ahli eksekutif 2018-2022 PERKAB dan Sukarelawan Niche 2022 pada majlis penghargaan baru-baru ini.

    Majlis turut diselajurkan dengan penyampaian surat pelantikan jawatankuasa majlis eksekutif, ahli majlis eksekutif dan pengerusi Mesyuarat Agung PERKAB 2022/2024.

    Hadir selaku tetamu kehormat seterusnya menyempurnakan penyampaian sijil penghargaan ialah Raes Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Dr Haji Adanan bin Haji Basar yang dilantik menjadi ahli kehormat (Felo) PERKAB.

    Pelantikan ahli kehormat (Felo) PERKAB adalah satu bentuk penghormatan, penghargaan dan perakuan tertinggi PERKAB ke atas individu yang mempunyai sumbangan besar dan sangat berharga dalam bidang kaunseling di Negara Brunei Darussalam dan PERKAB.

    Presiden PERKAB, Mejar (B) Rusli bin Bujang, selaku pengerusi majlis dalam ucapannya menekankan perlunya melahirkan penyesuaian dan tabiat baharu bagi menghadapi realiti dan normal baharu. Dalam hal ini, peranan kaunselor terus menjadi semakin signifikan. 

    Beliau turut mengingatkan para kaunselor agar terus membimbing generasi hari ini mengamalkan gaya hidup yang terapeutik.

    Dalam majlis ini juga, beliau dalam ucapannya melahirkan rasa penghargaan kepada YoungMinds PERKAB.

    Ia adalah inisiatif yang melibatkan anak muda menjadi komponen aktif dalam usaha untuk sama-sama membantu menyejahterakan masyarakat. 

    Di samping itu, dengan adanya pelantikan ahli kehormat (Felo) PERKAB dan ahli Lembaga Kaunselor PERKAB, misi mengukuhkan kaunseling di Negara Brunei Darussalam akan cepat tercapai sekali gus menyumbangkan kepada masyarakat.

    Gambar ramai ahli PERKAB semasa majlis penghargaan itu. -Gambar serahan PERKAB
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...