Perkahwinan diraja satukan masyarakat

WINDSOR, United Kingdom, 15 Mei – Pernikahan diraja Putera Harry dan tunangnya Meghan Markle adalah saat yang berharga bagi Britain yang menanggung masalah politik, sosial dan ekonomi. Dengan pertubuhan ekonomi menurun dan kerajaan berpecah-belah akibat Brexit, upacara perkahwinan Sabtu ini akan memberikan rangsangan nasional dan memberikan peluang untuk orang ramai meraikannya.

Sekitar 100,000 orang dijangka memenuhi jalan Windsor, barat London, untuk menyertai perayaan perkahwinan itu dan melihat pengantin baharu yang menaiki kereta melalui perjalanan di bandar.

Seramai 2,640 orang telah dijemput di dalam Istana Windsor untuk melihat lebih dekat upacara perkahwinan, antara mereka adalah Rashid Bhayat.

“Ini pastinya satu saat untuk perpaduan negara. Ini adalah peluang sebenar untuk meraikan negara,” kata ketua badan amal pemuda itu kepada AFP.

Gambar yang diambil pada 8 Mei 2018 menunjukkan beg plastik perkahwinan diraja yang dijual di sebuah kedai hadiah di Winsor, barat London. – AFP

Perkahwinan di Gereja St George di Windsor Castle membawa cucu Ratu Elizabeth II, yang keenam dalam barisan takhta, dan bekas artis Amerika, Markle, 36, tiga tahun lebih tua daripada Putera Harry.

Pakaian dan cincin perkahwinan masih lagi dirahsiakan. Begitu juga dengan kenyataan adakah Putera Harry dia akan diberikan gelar baharu, masih lagi dirahsiakan.

Upacara perkahwinan itu bermula pada tengah hari waktu tempatan, dengan pengantin baharu memasuki gereja itu pada jam 1:00 petang sebelum menaiki kereta perkahwinan selama 25 minit melalui bandar Windsor.

Ratu Elizabeth kemudian memberikan resepsi untuk 600 tetamu di istana, Dewan St. George. Pada waktu petang, bapa Harry, Putera Charles, pewaris takhta, menganjurkan majlis tertutup untuk 200 keluarga dan kawan rapat di Rumah Frogmore yang berdekatan. – AFP