Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Perkahwinan Jason Momoa berakhir

    Bintang utama filem Aquaman, Jason Momoa mengumumkan penceraiannya dengan isteri yang juga aktres, Lisa Bonet baru-baru ini.

    Menurut Momoa, selepas 16 tahun hidup bersama, dia dan Bonet juga tidak terlepas melalui perubahan.

    “Kita semua berdepan dengan pelbagai perubahan dalam tempoh masa penuh dugaan ini. Banyak perubahan berlaku dan keluarga kami juga tidak terlepas daripada berdepan pelbagai perubahan itu.

    “Jadi, kami ingin kongsikan satu berita bahawa kami sudah membawa haluan masing-masing,” tulisnya. Tambah Momoa, 42, dia dan Bonet akan terus menyayangi antara satu sama lain, namun ia berkembang dengan cara yang berbeza.

    “Kami kongsikan perkara ini bukan kerana kami rasa ia ada nilai berita. Tetapi kami dapat teruskan kehidupan kami dengan bermaruah dan jujur.

    “Rasa sayang antara kami masih berterusan, cuma ia berkembang dengan cara lain dan kami akan terus hidup. – Agensi

    Jason Momoa mengumumkan penceraiannya dengan isteri yang juga aktres, Lisa Bonet pada Rabu lalu. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...