Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Perkampungan atlet Kemboja siap hujung bulan

    SHAH ALAM, 22 MAC – Ketua Kontinjen (CDM) ke Sukan SEA 2023, Datuk Mohd Nasir Ali memaklumkan pembinaan perkampungan atlet di Phnom Penh, Kemboja, dijangka siap selewat-lewatnya hujung bulan ini.

    Beliau yang berhubung dengan wakil tuan rumah turut melahirkan perasaan lega susulan penyediaan kemudahan buat atlet yang menggalas cabaran negara di temasya dwitahunan itu berjalan lancar, terutama bagi memastikan fokus mereka tidak terganggu.

    “Perkampungan atlet sukan SEA akan siap sebelum hujung bulan ini dan setakat ini saya dimaklumkan nama perkampungan atlet itu ialah ‘Sport City’, baru-baru ini oleh pihak Kemboja. Jadi, bila tahu perkara itu memang rasa lega sebab tempat tinggal atlet sudah ada.

    “Saya juga difahamkan Kemboja akan mengadakan perasmian perkampungan atlet dan Stadium Morodok Techo iaitu salah satu venue pertandingan bola sepak pada 20 April ini. Namun, mungkin ketika itu saya tidak hadir kerana ia lebih kepada kerja pihak Kemboja,” katanya.

    Beliau yang diiringi timbalannya, Datuk Shalin Zulkifli dan Sharon Wee, berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke pusat latihan skuad bola tampar dan bola tampar pantai di Shah Alam, hari ini.

    Pada Sukan SEA 2021 Hanoi, yang diadakan Mei lepas setelah ditangguh setahun kerana pandemik, Malaysia sekadar menamatkan saingan di kedudukan keenam keseluruhan dengan kutipan 39 emas, 45 perak dan 90 gangsa.

    Mengulas mengenai persediaan skuad bola tampar dan bola tampar pantai di Kemboja, Mohd Nasir berkata ia satu perkembangan yang baik apabila persatuan menghantar anak buahnya memasuki pertandingan luar negara bagi mencari pengalaman di pentas berprestij. – Bernama

    Ketua kontinjen (CDM) ke Sukan SEA 2023, Datuk Mohd Nasir Ali mengadakan lawatan ke pusat latihan skuad wusyu di Shah Alam, baru-baru ini. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Presiden Iran rasmi projek hidrokuasa dan pengairan Sri Lanka

    COLOMBO, 24 APRIL — Presiden Iran, Ebrahim Raisi tiba di Sri Lanka hari ini untuk merasmikan projek hidrokuasa dan pengairan yang telah lama tertangguh...