Tuesday, April 22, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perkampungan Eskimo sasar daging rusa kutub sebagai sumber utama

    ANCHORAGE – Sebuah perkampungan Eskimo terpencil di sebuah pulau yang tidak ditumbuhi dengan tumbuh-tumbuhan di barat Alaska berharap untuk mengurangkan kadar pengangguran yang tinggi dan mencapai tahap sara diri yang baik melalui satu daripada sumbernya iaitu daging rusa kutub.

    Kerajaan puak Mekoryuk sedang meluaskan perusahaan rusa kutubnya yang telah diperkenalkan seabad lalu di Pulau Ninuvak, 40 batu dari pantai Laut Bering.

    Usaha itu adalah termasuk perancangan untuk membina rumah penyembelihan baru dengan peruntukan AS$1.8 juta dari persekutuan dan tawaran jualan stik dan panggangan daging rusa kutub di kawasan bandar Alaska seperti Anchorage dan bandar-bandar lain.

    Komuniti seramai 200 orang Cup’ig Eskimo juga pernah membuat operasi yang sama dahulu dengan rumah penyembelihan yang menjual daging rusa kutub ke pasaran besar termasuk restoran-restoran Denver yang mewah.

    “Tujuan operasi itu adalah untuk mewujudkan kembali pasaran tersebut dan keseluruhan proses itu di sini,” kata Dale Smith, pengarah operasi puak itu.

    Sekumpulan rusa kutub di Pulau Nunivak yang menempatkan lebih 2,500 binatang. – AP
    Sekumpulan rusa kutub di Pulau Nunivak yang menempatkan lebih 2,500 binatang. – AP
    Daging rusa kutub tidak berlemak tapi mempunyai asid lemak yang diperlukan dan rasanya dikatakan lebih sedap daripada karibu.
    Daging rusa kutub tidak berlemak tapi mempunyai asid lemak yang diperlukan dan rasanya dikatakan lebih sedap daripada karibu.

    Operasi tersebut merudum apabila penduduk kampung yang merupakan penggerak utamanya terkorban dalam kemalangan helikopter pada tahun 1996 sewaktu meneliti rusa-rusa yang berada dalam jarak jauh di pulau itu. Rumah penyembelihan itu kemudian terbiar dan tidak lagi berada dalam keadaan yang baik. Ini menyebabkan penduduk melakukan proses penyembelihan di kawasan tundra dan menyebabkan pasaran untuk daging itu terbatas.

    Daging rusa kutub tidak berlemak tapi mempunyai asid lemak yang diperlukan. Rasanya dikatakan lebih sedap daripada karibu.

    Rusa kutub puak itu merupakan sebahagian daripada kumpulan terbesar di barat Alaska termasuk di Semenanjung Seward yang menempatkan sekurang-kurangnya 10,000 binatang.

    Di Nunivak pula, pulau yang lebih besar dari Pulau Rhode itu mempunyai sekurang-kurangnya 2,500 binatang. Ia merupakan sumber daging rusa kutub terbesar yang dijual di negeri itu, kata Greg Finstad, ahli ekologi dan pengurus program penyelidikan rusa kutub di Universiti Alaska Fairbanks.

    Pembinaan rumah penyembelihan baru telah dilaksanakan dengan menggunakan dana yang diberikan oleh persatuan Pentadbiran Pembangunan Ekonomi. Sebuah persatuan serantau yang tidak berasaskan keuntungan iaitu Dana Wilayah Perkampungan Pantai sedang mengumpulkan sebahagian daripada kos untuk membeli empat buah kenderaan salji untuk mengembala binatang.

    Rumah penyembelihan itu diharap akan dapat mencapai standard pemeriksaan yang ketat, kata Finstad. Ini akan membolehkan penduduk meluaskan pasaran mereka, menjual kepada restoran-restoran dan syarikat-syarikat sosej.

    Mereka juga akan dapat memproses daging itu menjadi stik, panggangan dan lain-lain. Pada masa ini, daging rusa kutub yang telah dibuang organnya dari Nunivak dijual dengan beberapa sekatan kepada penduduk dan juga kedai-kedai runcit.

    Kemajuan ini diharap akan dapat memberi pendapatan tambahan kepada anak syarikat perniagaan puak itu iaitu Nuniwarmiut Reindeer and Seafood Products, dan akan dapat memberikan sekurang-kurangnya 20 pekerjaan bermusim kepada penduduk.

    Seperti juga komuniti terpencil lain, Mekoryuk iaitu satu-satunya bandar di pulau itu mempunyai peluang pekerjaan yang terhad. Kadar purata pengangguran di sana hampir mencecah 28 peratus antara tahun 2011 dan 2015.

    Pembinaan rumah penyembelihan baru, yang akan membolehkan penduduk meluaskan pasaran mereka, menjual daging kepada restoran-restoran dan syarikat-syarikat sosej. – AP
    Pembinaan rumah penyembelihan baru, yang akan membolehkan penduduk meluaskan pasaran mereka, menjual daging kepada restoran-restoran dan syarikat-syarikat sosej. – AP
    Pembinaan pagar di Mekoryuk, Alaska untuk pengembalaan rusa kutub. – AP
    Pembinaan pagar di Mekoryuk, Alaska untuk pengembalaan rusa kutub. – AP

    Penduduk bekerja untuk puak dan kerajaan tempatan di kedai kampung, klinik dan sekolah dan beberapa lagi entiti lain. Kebanyakan mereka bergantung kepada aktiviti sara hidup seperti memburu rusa kutub, memburu anjing laut dan menangkap ikan salmon untuk mendapatkan makanan.

    Pernah sekali wujud loji kecil pemprosesan ikan halibut yang dioperasikan oleh Dana Wilayah Perkampungan Pantai. Namun, ia ditutup setelah beberapa tahun kerana tidak memberikan keuntung-an. Rusa kutub kemudian menjadi penggerak utama ekonomi.

    Ia merupakan sebab yang bagus untuk melabur di Mekoryuk, kata Shirley Kelly, pegawai dari agensi persekutuan pembangunan ekonomi di Anchorage.

    “Ia akan membantu mereka membina ekonomi yang berdaya tahan,” katanya.

    Syarikat Alaska Commercial (AC) yang mempunyai stor di hampir tiga dozen komuniti terpencil di negara itu membekalkan daging rusa kutub Nunivak di 20 stornya di bahagian utara termasuk bandar hab komersial Bethel yang terletak 150 batu dari timur Mekoryuk. Rusa-rusa kutub yang telah dibunuh, disembelih dan dihantar ke Anchorage. Di sana, ia akan di potong dan dibungkus oleh pekerja-pekerja AC, kata pengurus besar AC, Walter Pickett.

    “Sekarang, permintaan lebih tinggi daripada bekalan kami,” katanya. Dia memberitahu bahawa syarikat itu ingin membeli lebih banyak daging rusa kutub apabila bekalannya bertambah.

    Finstad berkata dia mengagumi usaha penduduk kampung yang menjadi semakin tidak bergantung kepada kerajaan.

    “Sumber semula jadi di pulau mere-ka adalah sayur-sayuran dan sekarang mereka sedang meluaskannya menjadi produk yang dapat mereka pasarkan, iaitu daging rusa kutub,” kata Finstad. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda