Wednesday, April 24, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Perkasa belia dengan ilmu Al-Quran

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 APRIL – Dengan matlamat untuk memperkasakan lagi ilmu pengetahuan Al-Quran demi sama-sama meningkatkan lagi usaha dakwah di negara ini, Badan Sukarelawan Belia Daie di bawah naungan Urus Setia Program Keugamaan Belia, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) telah mengadakan Program Al-Quran4Life: Edisi Surah Al-Kahfi yang dilancarkan secara maya melalui aplikasi Zoom, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis bagi melancarkan program yang dibukakan khusus kepada golongan belia yang berumur 17 hingga 25 tahun itu ialah Pemangku Ketua Urus Setia Program Keugamaan Belia, Pusat Dakwah Islamiah (PDI), Awang Isham bin Ismail.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh ahli Eksekutif Penyelidikan dan Inovasi, Belia Daie, Awang Muhamed Syarif Abbas bin Haji Mohd Zaini sebelum ucapan alu-aluan daripada tetamu kehormat majlis.

    Seterusnya, taklimat mengenai program disampaikan oleh Pengerusi Program Al-Quran4Life: Edisi Surah Al-Kahfi, Dayang Alai Siti Nor Munirah binti Haji Mohamad, yang juga ketua eksekutif kepimpinan dan kerohanian Belia Daie.

    Dalam meraikan kehadiran para peserta, sesi suai kenal dan aktiviti Ice Breaking turut diadakan, yang dikendalikan oleh Ketua Eksekutif Logistik Belia Daie, Awang Muhammad Iqmar Yazdi bin Osli dan Timbalan Pengerusi Belia Daie, Dayang Siti Nur Rafhanah binti Awang Masri dengan diikuti dengan pembahagian peserta kepada beberapa kumpulan sebagai persiapan mereka untuk menjalani program tersebut.

    Bagi memberkati majlis diakhiri dengan bacaan Surah Al-‘Asr dan Tasbih Kaffarah oleh wakil dari Belia Daie, Awang Muhamed Syarif Abbas.

    Majlis perasmian Program Al-Quran4Life: Edisi Surah Al-Kahfi telah diadakan secara maya melalui aplikasi Zoom, kelmarin. – Gambar serahan PDI
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...