Thursday, November 30, 2023
23.3 C
Brunei

    -

    Perkasa kaedah pengukuran sejajar IR4.0

    Oleh Sim Y. H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 NOV – Jabatan Ukur boleh terus maju dan meneroka potensi teknologi untuk membantu negara menghadapi apa jua cabaran dan menyediakan maklumat geospatial serta perkhidmatan yang lebih berkesan dan bersistematik.

    Sebagai salah satu teras strategik jabatan iaitu memperkasakan kaedah pengukuran dan pemetaan sejajar dengan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0), pelbagai usaha akan, telah dan sedang dilaksanakan.

    Perkara itu dinyatakan dalam ucapan alu-aluan Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar), Dr Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak semasa Taklimat Perkhidmatan Jabatan Ukur Sempena Hari Sistem Maklumat Geografi (GIS) 2023 yang berlangsung di Dewan Indera Pahlawan, Pusat Kemahiran Kerja dan Latihan, Kementerian Pemba-ngunan, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid.

    Turut hadir ialah setiausaha-setiausaha tetap dan timbalan se-tiausaha tetap, ketua-ketua jabatan di bawah Kementerian Pembangunan serta pegawai dan kakitangan dari agensi-agensi kerajaan serta ahli-ahli majlis Brunei Institute of Geomatics (BIG).

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Muhammad Juanda semasa menghadiri Taklimat Perkhidmatan Jabatan Ukur Sempena Hari GIS 2023 di Dewan Indera Pahlawan, Pusat Kemahiran Kerja dan Latihan, Kementerian Pembangunan, kelmarin. – GAMBAR OLEH SIM Y. H.
    Dr Nor Imtihan semasa menyampaikan ucapan alu-aluan. – GAMBAR OLEH SIM Y. H.
    Di antara yang menghadiri taklimat berkenaan. – GAMBAR OLEH SIM Y. H.

    Dr Nor Imtihan dalam ucapan alu-aluannya lagi menyatakan bahawa antara usaha-usaha yang dilaksanakan itu adalah meningkatkan keupayaan dan mempelbagaikan sistem di Bahagian Kadaster bagi menambah baik perkhidmatan Ukur Kadaster, meningkatkan Sistem Infrastruktur Ketinggian Geodetik Kebangsaan-Kaedah Sistem Satelit Navigasi Sejagat dan Konvensional (Veritikal), me-ningkatkan rangkaian GNSS dan infrastruktur Geodetik di seluruh negara, meningkatkan perkhidmatan-perkhidmatan dalam bidang hidrografi serta memastikan kemaskinian penyediaan dan pembekalan peta daripada data geospatial negara.

    Beliau berkata, “Dengan adanya usaha seperti ini, ia diharapkan dapat dijalankan dengan sebaiknya bagi memperkembangkan lagi aktiviti geospatial di negara ini.”

    Majlis diteruskan dengan ucaptama daripada Pemangku Juruukur Agung, Dayangku Siti Saihalina binti Pengiran Haji Ibrahim bertajuk Jabatan Ukur: Perintis Haluan mengenai visi, misi, tugas utama, inisiatif serta perancangan jangka panjang.

    Acara diteruskan dengan taklimat pembarigaan perkhidmatan Jabatan Ukur yang disampaikan oleh pegawai-pegawai jabatan dengan taklimat dihadiri oleh kira-kira 166 orang peserta.

    Di samping itu, Ruang Klinikal turut disediakan untuk memberi peluang kepada para peserta bertanya lebih lanjut mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Ukur khususnya bagi Geoportal Ukur dan penggunaan handheld GPS.

    Sambutan Hari GIS 2023 yang bertema Celebrating the GIS Professional itu akan dilanjutkan pada 26 November semasa Bandarku Ceria yang mana pelbagai aktiviti dan pameran menarik akan diadakan di Taman Mahkota Jubli Emas, Bandar Seri Begawan.

    Hari GIS adalah acara tahunan di seluruh dunia dalam meraikan teknologi berasaskan GIS yang dimulakan dengan peneraju dunia analitik saptial Esri dan yang pertama kali berlangsung pada 1999.

    Ia merupakan hari peringatan untuk mempamerkan cara teknologi GIS digunakan serta meneroka faedah GIS dan memberi inspirasi kepada masyarakat dengan sambutan Hari GIS 2023 yang disambut di seluruh dunia pada 15 November.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    41 pekerja terperangkap berjaya diselamatkan

    NEW DELHI, 29 NOV - Seramai 41 pekerja binaan yang terperangkap dalam terowong jalan raya yang runtuh di India selama 17 hari berjaya diselamatkan kelmarin. Menteri...