Thursday, April 25, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Perkasa martabat Bahasa Melayu

    Oleh Nurdiyanah R.

    TUTONG, 4 SEPT – Dalam usaha untuk memperkasakan martabat Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara dan jati diri bangsa, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melalui Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Bahasa telah meneruskan Program Dudun DBP di Kompleks Bunga Chempaka, Pekan Tutong, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis bagi menyaksikan acara yang menyasarkan semua lapisan masyarakat itu ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Perundangan, Antarabangsa dan Penyelidikan) di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Haji Ahmad Nizam bin Dato Paduka Haji Ismail.

    Dudun DBP yang dilaksanakan di daerah berkenaan juga bertujuan bagi memeriahkan lagi acara Tutongku Ceria di mana antara aktiviti yang dibukakan secara percuma sama ada secara individu mahu pun berkumpulan ialah Cambah Kata, Junjung Dialek, Cantum-cantum (Teka-Teki), Sahiba Rumi, Cerdik dan Ceria, Teka Perambahan Brunei, Ular dan Tangga, Lagu Kanak-kanak Tradisi Brunei dan Lakaran dalam Kegelapan.

    Program berkenaan kebiasaannya diadakan setiap dua bulan di keempat-empat daerah yang diharap dapat menyebarluaskan dan memastikan penggunaan Bahasa Melayu yang betul dan benar kepada khalayak sasar dalam skala yang besar demi meningkatkan kemahiran dan mengangkat Bahasa Melayu sebagai pengungkap ilmu.

    Secara tidak langsung, ia membantu membetulkan kesalahan-kesalahan lazim dalam pertuturan mahu pun penulisan, terutamanya dalam urusan peribadi dan rasmi.

    Antara aktiviti yang diadakan semasa program Dudun DBP di Kompleks Bunga Chempaka, Pekan Tutong, kelmarin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...