Perkembangan produk domestik Peru merosot

LIMA, 15 JUN – Peru, salah sebuah negara yang paling teruk terkena wabak koronavirus, telah menyaksikan perkembangan produk domestiknya merosot lebih daripada 40 peratus tahun ke tahun pada bulan April, kata kerajaan kelmarin.

Pengeluaran perlombongan turun dengan mendadak di salah satu pengeluar tembaga, emas dan perak terbesar di dunia, menyusut lebih daripada 42.29 peratus pada bulan April.

Keseluruhan aktiviti ekonomi turun 40.49 peratus, kata institusi statistik kebangsaan.

Penurunan mendadak pada bulan April ‘mencerminkan kekurangan prestasi kebanyakan sektor produktif, dengan kesan terhadap perdagangan, pengeluaran, pembinaan, perlombongan, hidrokarbon, pengangkutan, hotel dan perkhidmatan perniagaan,” katanya.

Ekonomi Peru, salah satu yang terkuat di Amerika Latin dalam dekad yang lalu, telah menguncup lebih dari 16 peratus pada bulan Mac.

Sebelum Mac, negara Andean itu mencatatkan pertumbuhan selama 127 bulan berturut-turut.

Walaupun berlaku penutupan sejak 16 Mac, Peru adalah negara kedua yang paling teruk dilanda di Amerika Latin selepas Brazil, dengan hampir 230,000 kes dan hampir 7,000 kematian akibat COVID-19.

Pemerintah pusat Presiden Martin Vizcarra melancarkan beberapa langkah ekonomi termasuk pakej bantuan kepada 6.5 juta isi rumah. – AFP