Perkenal kebudayaan China

BEIJING, 10 Mac – Muzium Istana akan bekerjasama dengan Bank China (BOC) dalam usaha mereka untuk mempromosikan kebudayaan China, berdasarkan kepada satu perjanjian kerjasama strategik antara muzium dan bank berkenaan.

Muzium Istana dan BOC telah menandatangani perjanjian tersebut pada 4 Mac lalu, menurut satu kenyataan media yang disiarkan di laman sesawang Pentadbiran Warisan Kebudayaan Kebangsaan negara itu.

Muzium dan BOC akan bekerja bagi satu jangka masa yang panjang dan perkongsian seimbang dalam pelbagai bidang termasuklah pemuliharaan warisan kebudayaan muzium, pembangunan dan pemasaran produk-produk kebudayaan, menurut perjanjian yang dipersetujui.

Bersama satu rangkaian antarabangsa yang luas dan sejumlah besar perkongsian di luar negara, BOC berjanji untuk bekerjasama bersama muzium tersebut dalam beberapa projek pertukaran kebudayaan bagi mempromosikan kebudayaan dan muzium China. – Xinhua