BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Mei – Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Perdana Menteri dengan ini memaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan kenaikan pangkat bagi dua orang pegawai di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri.
Mereka ialah Menteri Kounsellor di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Pengiran Muhammad Husaini bin Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana Pengiran Haji Alauddin, dinaikkan pangkat sebagai pengarah politik II di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri.
Sementara Timbalan Pengarah Protokol dan Hal Ehwal Konsular di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Dayang Megawati binti Dato Paduka Haji Manan pula dinaikkan pangkat sebagai pengarah kerjasama ekonomi di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri.
Tarikh kenaikan pangkat bagi pegawai-pegawai tersebut mula berkuat kuasa pada 20 April 2019.