Perkenan kenaikan pangkat

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 OGOS – Atas titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Perdana Menteri memaklumkan kenaikan pangkat dua pegawai kanan.

Dua pegawai terbabit ialah Jurutera Kerja Kanan di Jabatan Kerja Raya (JKR), Awang Norazmi bin Othman dinaikkan pangkat sebagai pengarah Perkhidmatan Teknikal di JKR, Kementerian Pembangunan dan Penolong Pengarah Kemajuan di JKR, Dayang Salfawatty @ Nur Shafa Azahara binti Haji Mohd Salleh dinaikkan pangkat sebagai pengarah Kemajuan di JKR.

Tarikh kenaikan pangkat kedua-duanya berkuat kuasa pada 21 April 2020.