Perkenan kenaikan pangkat pegawai kanan

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 OKT – Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Perdana Menteri (JPM) memaklumkan dalam kenyataannya hari ini bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan Pegawai Pentadbir Kanan di Jabatan Perkhidmatan Pengurusan (JPP), Pengiran Mohammad Khiruddin bin Pengiran Haji Yusoff untuk dinaikkan pangkat sebagai pengarah perkhidmatan pengurusan di JPP, JPM bermula 8 September 2021.