Perkenan kenaikan pangkat pegawai kanan

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 OKT – Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Perdana Menteri memaklumkan dalam kenyataannya hari ini bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan Pegawai Perancang Bandar dan Desa Kanan di Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Dr Dayang Marsita binti Omar, dinaikkan pangkat sebagai Pesuruhjaya Perancang Bandar dan Desa di Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Kementerian Pembangunan pada 28 September 2021.