Perkenan lantikan baharu

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 OGOS – Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dengan ini dimaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah mengurniakan titah perkenan bagi Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Hajah Tutiaty binti Haji Abdul Wahab untuk dilantik menjadi setiausaha tetap, Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan. Tarikh pelantikan beliau berkuatkuasa mulai esok, 3 Ogos 2020.