Perkenan pelantikan TSUT

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 APRIL – Atas titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Pengarah Pusat Penyelidikan, Perkembangan Sains dan Teknologi, Kementerian Pertahanan, Pengiran Dr Haji Mohd Esa Al-Islam bin Pengiran Haji Mohd Yunus dilantik menjadi timbalan setiausaha tetap (TSUT dasar dan pembangunan), Kementerian Pertahanan.

Tarikh pelantikan beliau berkuatkuasa mulai Isnin, 13 April 2020.