Thursday, September 29, 2022
22.6 C
Brunei

Perkhemahan bina tahap keperibadian

-

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Mac – Seramai 101 orang peserta yang terdiri daripada belia berusia 13 hingga 17 tahun dari Daerah Brunei dan Muara telah menyertai program perkhemahan belia yang berlangsung sehingga hujung minggu ini.

Program yang dikenali sebagai Kem Belia Harapan: ‘Hero Within’ itu merupakan anjuran Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) dan dikendalikan oleh Kumpulan Belia Syababul Iman Masjid Sultan Sharif Ali, Kampung Sengkurong bersempena cuti penggal pertama persekolahan sebagai salah satu usaha untuk menambahkan penglibatan dan penyertaan golongan belia dalam pembangunan masyarakat.

Program perkhemahan ini berlangsung selama empat hari dan tiga malam, bermula semalam dan telah dilancarkan pada pagi tadi di Masjid Sultan Sharif Ali, Kampung Sengkurong.

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis itu ialah Penolong Pengarah Urusan Yayasan, Haji Musthapa bin Haji Matahir.

Acara telah dimulakan dengan tilawah Al-Quran oleh Awang Shair bin Samsudin, diikuti dengan ucapan Ketua Belia Kumpulan Syababul Iman Masjid Sultan Sharif Ali, Awang Muhammad Najib Min Fadhillah bin Haji Abdul Majid.

Program tersebut diadakan untuk membina dan meningkatkan sifat-sifat kepim-pinan dan tahap keperibadian para peserta sama ada dari segi rohani dan jasmani serta melatih mereka dalam aspek kerja berpasukan, bekerjasama dan bertolak ansur.

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sepanjang program tersebut ialah ceramah motivasi, bengkel kerohanian, aktiviti kepimpinan, gotong-royong, sukan dan riadah.

Para peserta program perkhemahan belia bergambar ramai bersama tetamu kehormat pada majlis pelancaran yang diadakan di Masjid Sultan Sharif Ali, Kampung Sengkurong, kelmarin.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Jepun beri penghormatan kepada Abe

TOKYO, 27 SEPT – Rakyat Jepun dan perwakilan asing memberikan penghormatan terakhir kepada bekas perdana menteri Shinzo Abe pada majlis pengebumian negara mengundang kontroversi...

Dibunuh hanya kerana salah eja

- Advertisment -