Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Perkhidmatan awam S’wak penting bagi capai PCDS 2030

    KUCHING, 16 MAC – Perkhidmatan Awam Sarawak memainkan peranan penting bagi kejayaan ke arah mencapai Strategi Pembangunan PascaCOVID-19 2030 (PCDS 2030) negeri.

    Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata menerusi PCDS 2030, Sarawak menyasarkan untuk meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kepada RM282 bilion menjelang 2030.

    Beliau berkata untuk Sarawak mencapai sasaran itu, ekonomi negeri perlu berkembang secara putara enam hingga lapan peratus setahun.

    “Kita mesti memiliki keyakinan dan keberanian untuk melakukan perkara yang akan mengubah Sarawak.

    “Pemimpin Perkhidmatan Awam kita mesti mempunyai keyakinan dan keberanian untuk mendorong dan melakukan yang terbaik untuk menterjemahkan aspirasi Negeri 2030 ini kepada realiti kolektif,” katanya.

    Abang Johari berkata demikian pada program ‘Trans-formation Via Conversations’ anjuran Unit Sumber Manusia Negeri dan Institut Kepimpinan Perkhidmatan Awam Sarawak (IKPAS) di sini semalam.

    Teks ucapan Abang Johari dibacakan Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas. – Bernama

    Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas (kiri) menerima majalah bertajuk ‘Impact’ daripada Ketua Editor majalah tersebut Ismail Said selepas melancarkan Sarawak Civil Service (SCS) Executive Coaching Programme semalam. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...