Perkhidmatan berkhatan bermula 14 Mac

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 MAC – Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa pendaftaran bagi perkhidmatan berkhatan bagi musim cuti persekolahan penggal pertama, tahun 2020 akan bermula esok hingga 12 Mac.

Ibu bapa dan penjaga diingatkan supaya membawa anak-anak mereka berserta kad Bru-HIMS dan sijil kelahiran anak semasa membuat pendaftaran bagi pemeriksaan kesihatan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, perkhidmatan berkhatan akan bermula pada 14  hingga 26 Mac di Blok Pesakit Luar, Tingkat 1 (atas Farmasi Pesakit Luar) Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha. Orang ramai bolehlah berjumpa terus dengan pegawai berkhatan pada tarikh tersebut pada tempat yang telah ditetapkan. Pendaftaran berkhatan berkenaan adalah terhad dan berasaskan kepada yang dahulu didahulukan.