BANDAR SERI BEGAWAN, 12 MAC – Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah (PMMPMHAMB), Tutong memaklumkan orang ramai bahawa perkhidmatan berkhatan bagi musim cuti persekolahan penggal pertama pada tahun ini ditangguhkan kepada musim cuti persekolahan seterusnya.
Kementerian Kesihatan mengambil serius mengenai penyakit COVID-19 yang sudah berada di Negara Brunei Darussalam dan telah mengambil langkah-langkah keselamatan dalam memastikan kesihatan orang ramai adalah terjamin.
Salah satu langkah berkenaan adalah mengurangkan perhimpunan orang ramai termasuklah perkhidmatan berkhatan bagi musim cuti persekolahan penggal pertama pada tahun ini, menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan, hari ini.
Dalam kenyataan itu, Hospital PMMPMHAMB memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dihadapi.