Pada surat pembaca bertajuk Dilema setiap dua tahun sekali, edisi 11 Januari lalu, kami pernah menulis mengenai pengalaman hampa mendapatkan perkhidmatan di salah sebuah agensi yang mengendalikan pemeriksaan kesihatan buat pekerja asing.
Namun bak kata-kata yang sering diutarakan di Tiktok mahupun Instagram yang berbunyi ‘Humanity Restored,’ atau ‘Respect’, itulah yang saya rasakan ketika mendapatkan perkhidmatan di agensi yang sama tetapi di Kuala Belait.
Alhamdulillah, kami dipertemukan dengan orang-orang yang bertolak ansur dan baik di pejabat kesihatan tersebut yang membantu kami melancarkan urusan.
Selain itu, pada hari pengambilan juga seorang insan yang tidak camah mata menolong kami meskipun kami agak lambat sampai di pejabat itu kerana kesesakan lalu lintas.
Terima kasih kami ucapkan kepada puan tersebut.
Apa yang dapat saya simpulkan daripada pengalaman tersebut, sistem boleh saja ‘dibengkokkan’ sedikit untuk perkhidmatan yang lebih baik, apatah lagi slot yang ada sudah pun diperuntukkan kepada orang yang terbabit.
Di KB juga, kami dapat saksikan salah seorang yang kami rasa lambat datang, masih diberikan perkhidmatan, kudos dan terima kasih tak terhingga buat kakitangan di sana.
Diharap kakitangan tempat lain juga akan berbuat demikian, kerana sedikit kebaikan dan memudahkan orang lain akan terus membekas di hati seseorang dan mendapat ‘ganjarannya’ kelak.
Kami frust tapi kembali senyum
