Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Perkhidmatan dua klinik pergigian disambung semula

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 MEI – Jabatan Perkhidmatan Pergigian memaklumkan bahawa Klinik Pergigian di Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah (PMMPMHAMB), Tutong dan Klinik Pergigian di Pusat Kesihatan Berakas, Lambak Kanan mula dibukakan kembali hari ini, manakala Klinik Pergigian di Pusat Kesihatan Seria akan dibuka pada 11 Mei ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan, rawatan pergigian kecemasan dan rutin akan diberikan di klinik pesakit luar pergigian tertakluk kepada pemeriksaan saringan di kaunter-kaunter yang disediakan di lokasi berkenaan dan bagi rawatan susulan adalah melalui perjanjian.

    Waktu operasi bagi klinik-klinik pergigian di Hospital PMMPMHAMB, Pusat Kesihatan Berakas dan Pusat Kesihatan Seria adalah dari 7:45 pagi hingga 12:15 tengah hari dan 1:30 petang hingga 4:30 petang, setiap Isnin hingga Khamis dan Sabtu.

    Dalam pada itu, sebagai sebahagian daripada usaha dalam mempertingkatkan langkah-langkah pencegahan bagi melindungi pengunjung dan petugas kesihatan di klinik-klinik pergigian, para pesakit diperlukan untuk melakukan ujian pantas antigen (ART) terlebih dahulu sebelum sesi rawatan dimulakan dengan pemantauan pekerja kesihatan di Jabatan Perkhidmatan Pergigian.

    Manakala itu, ujian swab PCR hanya akan dilakukan bagi kes-kes tertentu.

    Perkhidmatan Klinik Pergigian di Hospital PMMPMHAMB, Tutong dan Klinik Pergigian di Pusat Kesihatan Berakas, Lambak Kanan mula dibukakan kembali kelmarin, manakala Klinik Pergigian di Pusat Kesihatan Seria akan dibuka pada 11 Mei.

    Orang ramai diharapkan untuk bersabar kerana waktu menunggu yang dijangkakan akan bertambah kerana keperluan membuat ART bagi semua perjumpaan di klinik pergigian.

    Sementara itu, perkhidmatan konsultasi bagi pesakit-pesakit pergigian melalui talian telefon 8117981 dan 8117936 dan pesanan ringkas melalui aplikasi WhatsApp 8117635 masih lagi diteruskan.

    Waktu operasi bagi kedua-dua perkhidmatan konsultasi tersebut adalah dari 8 pagi hingga 12 tengah hari dan 1:45 petang hingga 4 petang, setiap Isnin hingga Khamis dan Sabtu.

    Orang ramai dinasihatkan untuk menggunakan perkhidmatan berkenaan sebagai kaedah alternatif mendapatkan nasihat pergigian bagi mengelakkan kunjungan yang tidak diperlukan sebagai langkah mengurangkan interaksi antara orang ramai dengan kakitangan jabatan berkenaan bagi membendung penularan wabak COVID di Negara Brunei Darussalam.

    Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Talian Darussalam 123.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...