Tuesday, May 30, 2023
24.2 C
Brunei

    -

    Perkhidmatan feri antara Singapura dan Desaru diluluskan

    SINGAPURA, 21 JUN – Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) telah meluluskan permohonan Batamfast Pte Ltd untuk mengendalikan perkhidmatan feri secara terus antara Terminal Feri Tanah Merah (TMFT) di Singapura dan Terminal Feri Pantai Desaru (DCFT) di Johor, Malaysia.

    Pada 23 Mac 2022, MPA menerima cadangan daripada Batamfast, iaitu pengendali perkhidmatan feri yang dilantik Desaru Link Ferry Services untuk mengendalikan perkhidmatan feri menerusi laluan itu.

    MPA juga meminta Batamfast untuk menjalankan penilaian keselamatan, termasuk mendapat pengesahan daripada pihak berkuasa yang mengesahkan feri itu sesuai untuk pelayaran seperti dicadangkan, dan menyediakan pelan tindak balas kecemasan di sepanjang laluan itu.

    “BatamFast telah menyerahkan butiran yang diperlukan. 

    “MPA telah menyemak penyerahan permohonan dan membuat penilaian bahawa Batamfast memenuhi keperluan keselamatan untuk perkhidmatan feri yang dicadangkan,” menurut MPA dalam satu kenyataan hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Korea Utara akan lancar satelit pengintip tentera

    SEOUL, 30 MEI - Korea Utara berkata pada hari ini ia akan melancarkan satelit pengintip tentera pertamanya pada Jun dan menyifatkan peninjauan berasaskan angkasa...
    - Advertisment -