Wednesday, April 24, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Perkhidmatan internet kembali beroperasi di Kanada

    TORONTO, 10 JULAI – Rogers Communications Incorporated berkata kelmarin mereka telah memulihkan semula perkhidmatan komunikasi dan internet untuk kebanyakan pengguna selepas terputus bekalan tenaga yang berlanjutan selama lebih 15 jam.

    Syarikat telekomunikasi yang beroperasi di Toronto tidak memberikan penjelasan mengenai gangguan yang berlaku pada Jumaat lalu, mengakibatkan ramai pengguna tanpa perkhidmatan tersebut dan menghadapi masalah dalam talian perkhidmatan 911, urus niaga debit yang juga menjejaskan pejabat-pejabat pasport Kanada.

    Sementara itu, Rogers menerusi akaun Twitter berkata beberapa pengguna berkemungkinan mengalami kesukaran menggunakan perkhidmatan ketika rangkaian dan jumlah trafik baharu kembali pulih seperti sedia kala.

    “Pasukan teknikal kami bekerja keras untuk memastikan para pengguna dapat menggunakan semula perkhidmatan itu secepatnya,” menurut kenyataan dalam akaun Twitter tersebut.

    “Sekali lagi, kami memohon maaf atas gangguan yang dialami oleh pengguna dan kami secara proaktif akan mengkreditkan semua pelanggan,” tambah syarikat tersebut.

     

    Interac berkata perkhidmatan berkenaan kembali beroperasi selepas urus niaga debit diberhentikan se

    Perkhidmatan komunikasi di Toronto kembali pulih selepas 15 jam mengalami gangguan.

    mentara kerana gangguan rangkaian Rogers.

    Ketua Eksekutif dan presiden Rogers, Tony Staffieri, berkata pihak syarikat memohon maaf atas gangguan perkhidmatan itu tetapi tidak memberikan penjelasan mengenai gangguan tersebut atau jumlah pengguna yang terjejas.

    Staffieri berkata Rogers komited mencari punca berlakunya masalah yang dihadapi dan akan membuat perubahan bagi memenuhi jangkaan pengguna pada masa akan datang.

    Gangguan tersebut bermula pada awal Jumaat lalu dan berlanjutan sehingga ke petang, mendorong beberapa perniagaan dan organisasi memaklumkan kepada para pengguna bahawa operasi mereka terjejas oleh Rogers dan menjangka perkhidmatan akan ditangguh atau terjejas akibat gangguan tersebut.

    Kejadian berkenaan telah memaksa konsert The Weeknd yang akan berlangsung di Pusat Rogers, Toronto ditangguhkan. Tarikh bagi persembahan di Toronto itu adalah salah satu antara dua yang telah ditetapkan akan berlangsung di Kanada. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...