Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Perkhidmatan Kardiologi Nuklear dilancar di PJSC

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan PJSC

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 NOV – Pantai Jerudong Specialist Centre (PJSC) menandakan satu lagi mercu tanda apabila melancarkan Perkhidmatan Kardiologi Nuklear di Tingkat 1, Bangunan PJSC, hari ini.

    Pelancaran perkhidmatan baharu itu disempurnakan bersama oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua dan Pengerusi Lembaga Pengarah PJSC, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah serta Menteri Kesihatan dan Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah PJSC, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar.

    Perkhidmatan itu menandakan komitmen PJSC dalam usaha berterusan ke arah meningkatkan keupayaan sistem penjagaan kesihatan Brunei dan menyediakan penjagaan terbaik bagi pesakit-pesakit yang menghidap penyakit kardiovaskular.

    Dengan perkhidmatan itu, ahli-ahli klinik berupaya mendapatkan maklumat mengenai aliran darah ke jantung dan dapat mengakses fungsi jantung.

    Dengan teknik kardiologi nuklear, mereka dapat mendiagnosis dan mengasingkan pesakit-pesakit yang dapat mendapat manfaat daripada pengurusan perubatan atau intervensi seperti CABG atau stenting diperlukan.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew dan Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bersama Pengarah Eksekutif, Dr Haji Mazrul Adimin bin Haji Awang Besar; Pengarah Perubatan, Dr Meera Sahib Kabeer serta Pengarah TBCC, Dato Seri Laila Jasa Dr Babu Sukumaran telah melawat Jabatan Perubatan Nuklear dan fasiliti penghasilan radiofarmaseutikal.

    Ketua Jabatan Perubatan Nuklear, Dr Hamid Naseer mengetengahkan mengenai perkhidmatan-perkhidmatan yang sedia ada di jabatan tersebut.

    Beliau menekankan keperluan untuk mengembangkan perkhidmatan nuklear bagi aplikasi aman bahan-bahan nuklear di negara ini dengan menyediakan penjagaan kepada pesakit-pesakit kardiologi dan kanser.

    Turut hadir semasa acara berkenaan ialah warga pengurusan kanan PJSC, pihak-pihak berkepentingan utama, ketua-ketua jabatan, pegawai dan kakitangan PJSC.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew dan Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham turut mengadakan lawatan ke Jabatan Perubatan Nuklear.
    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew dan Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad
    Isham bergambar ramai semasa majlis perasmian berkenaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...